"Tuan! Kekuatan awak begitu indah bak permata gemilang, penuh dengan kilauan yang mempesonakan!" Karen yang sedang berdiri di sebelah Leylin, segera memujinya. Dia yang merupakan separa drow kelihatan memperoleh gerak hatinya semula selepas dibebaskan. Dia perlahan-lahan pulih daripada kegelapan dan sikapnya yang dahagakan darah yang mana merupakan sifat drow.
"Baiklah, bangun semua."
Cyclop dan lanun-lanun lain yang telah lama berikrar untuk setia sudah pun sedar akan akibatnya. Disebabkan itu mereka tidak kelihatan terpinga-pinga. Lanun yang baru pula semuanya begitu takut sekali terutamanya Ronald dan kumpulannya.
"Jadi, apa pendapat kamu? Ada sesiapa yang ingin membantah?"
Leylin memandang ke arah khalayak ramai. Lanun-lanun lain tidak berani membalas pandangannya namun mata mereka penuh dengan penghormatan.