Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 83 - Pertumpahan Darah di Aras Rahsia

Chapter 83 - Pertumpahan Darah di Aras Rahsia

"Perjanjian? Perjanjian apa?" Leylin bertanya.

"Pertama, kamu tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai kemajuan seorang Magus rasmi. Tambahan pula, selepas kamu menjadi seorang Magus rasmi, perjanjian yang kamu tandatangani itu tidak akan membataskan kamu lagi apabila kamu masuk ke dalam akademi. Oleh itu, kamu mesti bersumpah dengan roh kamu, di bawah saksi Mata Percubaan, yang kamu akan berkhidmat dengan akademi selama 100 tahun!"

"Selepas menandatangani perjanjian itu, kamu boleh mendapatkan sihir pertahanan Magus pangkat 1 secara percuma, dan sejumlah kecil Air Grine.

Leylin pernah melihat pengenalan pada Mata Percubaan di dalam manual kuno. Mata Percubaan ialah satu organisma yang besar dengan Peraturan dari dunia lain. Organisma ini tidak mempunyai kesedaran sendiri, dan ahli-ahli sihir lebih suka menggunakannya sebagai saksi apabila melakukan perjanjian penting.

Keberkesanan kekangannya diakui sebagai antara yang terkuat. Tambahan pula, tidak ada cara untuk menghapuskannya.

Sebaik sahaja perjanjian dibentuk, dalam tempoh masa seratus tahun, walaupun akademi ingin mengorbankan nyawa Leylin dalam pertempuran, dia hanya boleh mematuhinya tanpa pilihan.

Perjanjian ini serupa dengan perjanjian hamba, namun lebih terdapat lebih banyak kekangan yang ditetapkan berbanding perjanjian hamba yang biasa.

Leylin menolak perjanjian ini di dalam hatinya. Dia seorang yang menghargai kebebasan mutlak, jadi dia tidak suka dikenakan kekangan.

Tentu sekali, Leylin berpura-pura tersentuh dan sukar memberikan jawapan.

Akhirnya, Leylin bertanya, dengan tekaknya yang sedikit kering, "Jadi, mentor, adakah kamu menandatangani perjanjian sebegitu juga?"

"Sudah tentu! Dan sebab itu, saya menyertai Akademi Abyssal Bone Forest dan menjadi seorang guru!" Kroft memberikan jawapan yang pasti, "Sebenarnya, layanan yang diberikan pihak akademi pada Magus seperti kita, yang datang dari jauh, tidaklah begitu teruk. Mereka juga tidak akan berikan tugas yang sukar kepada kita!"

"Guru menyuruh saya pulang ke akademi, maksudnya ada cara lain?"

Leylin memandang Kroft dengan penuh harapan.

Menandatangani perjanjian dan memperolehi sumber-sumber adalah amalan biasa dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keadaan genting pihak akademi. Pastinya Leylin tidak menyangkakan Kroft menyuruh dia kembali hanya untuk perkara ini.

Selepas mendengar kata-kata Leylin, Kroft nampak gembira, "Nampaknya kamu masih pandai seperti dahulu. Mata kamu penuh kebijaksanaan, kalau bukan kerana kebolehan kamu yang sederhana, pencapaian kamu akan melangkaui Merlin!"

Leylin berpura-pura merendah diri di depan Merlin. Dia senyum tanpa bersuara, menunggu Kroft untuk terus bercakap.

"Sebenarnya, peperangan Akademi Abyssal Bone Forest belum lagi tamat!"

Ayat Kroft ini membuatkan bulu roma Leylin berdiri tegak.

"Apa?" Leylin begitu terkejut sehingga dia berdiri dengan segera, "Perang ini telah berhenti apabila Rumah Api Kemalaman campur tangan untuk menghentikan Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods, bukan?"

"Berita itu memang tepat tetapi tidak lengkap. Perang di antara Magi rasmi telahpun tamat, tetapi perang ini belum tamat lagi bagi pembantu-pembantu paderi!"

Kroft tersenyum sinis.

"Walaupun Rumah Api Kemalaman merupakan salah satu persatuan yang terkuat, mereka bukan satu-satunya persatuan yang ada. Terdapat juga persatuan kuat yang sedang menyokong Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods dari belakang."

"Oleh itu, dengan adanya campur tangan Rumah Api Kemalaman, perang di antara kedua-dua pihak ini telah tamat, tetapi terdapat syarat yang istimewa!"

"Apa itu?" Leylin boleh mengagak yang syarat itu berkaitan dengan pembantu-pembantu paderi tetapi dia masih bertanya.

"Pihak-pihak yang berperang telah meminta kita memanggil kembali semua pembantu paderi kita dan terlibat dalam pertumpahan darah dengan pembantu paderi mereka di aras rahsia!"

"Aras Rahsia!? Pertumpahan darah?"

Walaupun Leylin mempunyai maklumat dan pengetahuan yang banyak, dia hanya memahami dua istilah ini selepas mencari-cari di dalam bank data Cip A. I.

Aras Rahsia digunakan oleh ahli-ahli sihir untuk melindung makmal dan menyimpan sumber-sumber mereka. Aras ini dicipta menggunakan sihir dan dimensi itu dihubungkan dengan satu kawasan dari dunia luar.

Oleh sebab kesan sihir yang kuat di luar aras rahsia ini, ahli-ahli sihir bertahap pembantu paderi tidak boleh mencerobohinya. Bagi aras rahsia yang bertahap tinggi pula, walaupun Magi rasmi ingin masuk, mereka juga akan binasa.

Semakin lama masa berlalu, beberapa persatuan ahli sihir akan menggabungkan kuasa dan menggunakan sihir untuk membentuk aras rahsia sementara. Aras ini akan digunakan untuk menjalankan beberapa eksperimen atau untuk pertempuran.

Bagi pertumpahan darah pula, keadaan ini membawa maksud kegilaan dan pembunuhan.

Di dalam Dunia Magus, kalau dua ahli sihir mempunyai konflik yang besar yang tidak boleh lagi dikawal, hanya kematian boleh menyelesaikan kes mereka. Dalam keadaan sebegini, mereka akan bertarung sehingga berlaku pertumpahan darah dengan seorang tuan rumah sebagai saksi!

Sebelum pertumpahan darah, kedua-dua pihak perlu menandatangani satu perjanjian, Selepas salah satu belah pihak mati, keluarga mereka, guru-guru dan kawan-kawan tidak boleh membalas dendam.

Ini sejenis pertempuran, tetapi dengan adanya kesan sihir, perjanjian itu sukar dimungkiri. Banyak ahli sihir yang bermaruah akan terlibat dalam konflik di antara hidup dan mati ini. Tapi mereka juga tidak mahu kebinasaan lingkungan tersebar. Maka pertumpahan darah ialah pilihan terbaik.

"Jadi, pihak akademi telah memanggil kembali pembantu-pembantu paderi…"

Leylin tiba-tiba sedar tekaknya sangat kering seolah-olah seseorang yang hampir mati kerana dahaga.

"Semasa perjanjian itu ditandatangani, pihak-pihak lain memanggil Mata Percubaan sebagai saksi. Jadi akademi kita hanya boleh mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Kalau tidak, jiwa kesemua guru, termasuk pengerusi, akan berehat dalam kedamaian abadi…"

"Kali ini, bukan hanya kamu semua, malah pembantu-pembantu paderi gred-lima yang bijaksana, termasuk senior Merlin, perlu menyertai pertumpahan darah ini. Tambahan pula, pembantu-pembantu paderi daripada setiap 3 akademi akan berada di sana…"

"Tunggu, pendek kata, pembantu-pembantu paderi dari 2 dari akademi yang lain itu akan bergabung untuk menyerang Akademi Abyssal Bone Forest?"

Leylin berasa agak pening. Pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest sudahpun mengalami banyak kematian dan kecederaan yang teruk akibat peperangan sebelum ini. Tahap kekuatan Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods lebih kurang sama dengan Akademi Abyssal Bone Forest. Kalau salah satu dari dua pihak ini bertempur dengan pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest, peluang kemenangan hanya 50-50, apatah lagi kedua-dua pihak itu kini menyerang pada masa yang sama.

Satu lagi, ketika ini, hanya sejumlah 50-60% pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest yang tinggal.

"Gila betul. Mengapa pihak akademi menerima syarat sebegitu?"

"Tiada pilihan lain. Siapa yang minta akademi kita berada dalam keadaan sebegini? Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods ingin menghapuskan semua pembantu-pembantu paderi kita sekaligus, begitu juga dengan warisan Akademi Abyssal Bone Forest!" Kroft tersenyum pahit, "Tambahan pula, tidak kira pembantu paderi kita ataupun musuh kita, mereka tidak dibenarkan untuk membawa alat pertempuran tahap Magus rasmi. Ini telah diprogramkan dalam sihir pertahanan aras rahsia. Mana-mana alat yang mempunyai kekuatan lebih daripada tahap seorang pembantu paderi akan segera ditolak sebaik masuk ke aras rahsia…"

"Bolehkah saya pergi dari sini sekarang?" Leylin bersuara dengan harapan yang kecil.

"Apa pendapat kamu?" Kroft merenung mata Leylin, dan maksud tersiratnya membuatkan Leylin gementar.

"Baik!" Leylin menyerah pada takdirnya dan duduk. "Berita buruk sudah berakhir? Kamu harus beritahu saya berita baik sekarang!"

"Budak nakal!" Kroft tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Sebelum pertumpahan darah berlaku, pihak akademi akan mengadakan pertandingan. Ganjarannya sangat banyak. Tambahan pula, pelbagai upah telah digandakan sebanyak dua kali, dan model sihir serta posyen di kaunter jualan juga mempunyai potongan harga yang banyak…"

"Mereka ingin meningkatkan kekuatan pembantu-pembantu paderi akademi sebelum pertumpahan darah itu, bukan?" Leylin fikir secara mendalam. Dia seorang yang sangat positif dan telah menjangkakan keadaan sebegini. Ini berbeza dengan wajahnya yang kelihatan terkejut. Oleh sebab tidak ada ruang untuk berundur, otaknya segera menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

"Semua ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemajuan seorang Magus rasmi. Sebelum ini, mentor telah memberitahu saya terdapat cara untuk mencapai kemajuan. Adakah cara ini berada di dalam pertumpahan darah yang disebutkan?"

"Betul! Akademi telah mengeeluarkan satu misi kepada semua pembantu paderi tahap 3 seperti kamu untuk membalas dendam. Kamu diperlukan untuk membunuh pembantu paderi sebanyak mungkin semasa pertumpahan darah itu!"

"Kami telah tetapkan nilai mata pada pembantu paderi pihak musuh. Setiap pembantu paderi tahap 1 bernilai 1 mata, pembantu paderi tahap 2 bernilai 3 mata, dan pembantu paderi tahap 3 bernilai 10 mata. Bagi pembantu paderi yang lebih penting, kami telah menetapkan nilai mereka..

Kata-kata Kroft sangat menggoda, "Ganjaran misi akademi kali ini sangat banyak. Kalau kamu boleh mendapatkan mata yang mencukupi, tidak kira sihir pertahanan pangkat 1 atau Air Grine, kedua-duanya boleh ditebus dengan mata tersebut!"

"Hanya ini caranya yang tidak memerlukan perjanjian, dan masih membolehkan kemajuan berlaku, serta mendapatkan bahan-bahan sumber!"

Kalau ini caranya…" Leylin menutup matanya dan mempertimbangkan ucapan mentornya.

Leylin kelihatan tenang dari luar. Sebenarnya, otaknya sudah menjalankan beberapa simulasi berbeza dengan bantuan Cip A. I. Semuanya ditayangkan di hadapan Leylin.

Beberapa minit kemudian, Leylin berdiri dan tunduk hormat. "Kalau tidak ada apa-apa lagi, izinkan saya meminta diri!"

"Kamu ingin pergi ke mana?" Kroft agak terkejut dengan kelakuan perantisnya ini.

"Tentulah untuk pergi melihat Pos Perdagangan dan kaunter jualan!"

Leylin tunduk hormat sekali lagi, dan selepas mendapat kebenaran Kroft, dia segera meminta diri.

Berjalan di laluan sekolah yang kosong, Leylin berfikir tentang banyak perkara. Pertama sekali, mustahil untuk dia melarikan diri daripada pengawasan guru-guru tahap Magus rasmi dan kemudiannya diburu oleh mereka.

Leylin hanya berfikir sebentar sebelum melemparkan idea itu.

Sebelum ini, dia dapat melarikan diri kerana mendapat petunjuk dari Kroft dan keupayaannya sendiri. Ketika itu, pihak akademi masih membenarkan dia untuk pergi. Kalau tidak, tidak kira dulu atau sekarang, Leylin tidak akan dapat melepasi pintu akademi sekalipun.

"Berbanding dengan Magus rasmi, nampaknya terdapat lebih harapan dengan pertumpahan darah antara pembantu paderi, walaupun situasi sekarang tidak sebaik dulu!"

Leylin berjalan ke Pos Perdagangan. Jumlah pembantu paderi di sana lebih daripada tempat lain, tetapi wajah pembantu paderi itu semuanya kelihatan muram. Keadaan ini seolah-olah mereka telah mendapat berita mengenai pertumpahan darah itu.

Pertama sekali, Leylin melawat kedai Woox untuk meninjau-ninjau. Sayangnya, pondok kayu itu tidak lagi berada di sana dan si gemuk Woox tidak diketahui sama ada telah melarikan diri atau sudah mati.

Leylin mengeluh dengan kecewa. Dia membeli beberapa bahan-bahan yang diperlukan di Pos Perdagangan sebelum berjalan ke kaunter jualan model sihir.