Sebuah kapal lanun belayar secara senyap di lautan yang gelap gelita. Bendera tengkorak merah tua berkibar di udara, menghasilkan aura maut.
Di dalam bilik kapten, badan kapal yang kukuh langsung tidak menjejaskan Leylin. Dia kini berada di tingkat atas bersama Isabel, Robin Hood dan beberapa orang yang lain, membincangkan sasaran semasa mereka.
"Kita mempunyai lebih daripada lima puluh pelayar tetapi kualiti mereka…" Robin Hood menggeleng kepalanya, tidak ada tanggapan baik terhadap pelayar-pelayar yang baru-baru ini menjanjian kesetiaan mereka.
Biar apa jua, ini adalah kebenaran. Tanpa ugutan maut, mereka tidak akan menyerah diri dengan begitu cepat. Bagaimanapun, mendapatkan mereka menunjukkan ketaatan adalah satu jenaka. Kalau terdapat peluang, mereka pasti akan mengkhianati Leylin dan melarikan diri tanpa ragu-ragu, malah menikam jantung Leylin dan yang lain.