Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 8 - Persekutuan

Chapter 8 - Persekutuan

"Jadi, cara untuk membezakan masa sama seperti dulu!

Leylin berfikir lama sambil bermain dengan jam saku kristal di tangannya.

Permukaan jam saku kristal itu mempunyai mutu kerja yang halus, dengan dua puluh empat kerangka kecil di dalamnya. Setiap kerangka itu menunjukkan satu jam.

Bukan sahaja dia merampas sebilah pedang daripada pengikut Ourin, malah rampasan perang sebanyak ribuan duit emas. Jam saku pula diberi oleh seorang yang bertubuh gemuk dan pendek.

Manakala isu balas dendam daripada keluarganya, dikatakan keluarga Dorlin di mana Ourin berasal ialah daripada kerajaan Bourbon, iaitu kerajaan yang tidak jauh dari wilayah Viscount John. Tambahan pula, perhubungan antara kedua-dua kerajaan ini boleh dikatakan telah berada dalam keadaan bermusuhan.

Ini belum dikira masa diperlu untuk menjadi seorang Magus yang akan mengambil beberapa tahun, dan juga komunikasi surat-menyurat yang juga mungkin mengambil beberapa tahun.

Leylin hanya berfikir sejenak sebelum mengabaikan isu itu.

'Kali ini, aku sangat beruntung! Kristal-kristal ajaib ini pula mata wang antara Magi, ini sangat berguna untuk pembantu paderi!'

Leylin mengeluarkan sebiji kristal ajaib, dan diletak di atas tapak tangannya. Ia mengeluarkan perasaan yang dingin dan juga tenang.

Berdasarkan pengiraan Cip A.I., walaupun kristal ajaib ini mempunyai sedikit bahan radioaktif, kesan yang diberikan kepada tubuh badan ialah positif. Ia boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan.

'Tapi! Sejak berita aku menewaskan Ourin tersebar, tingkah laku semua orang kepada aku telah berubah. Adakah ini dunia di mana orang yang kuat akan dihormati?'

Dua hari telah berlalu sejak insiden itu, dan keputusan pertempuran bersama Ourin telah tersebar antara remaja bangsawan.

Terutama sekali bahagian di mana dia mematahkan tangan Ourin sambil tersenyum, ia telah menjadi mimpi ngeri buat remaja-remaja yang hadir ketika itu. Apabila Ourin kembali, dia terus bersembunyi dalam kereta kuda dan merawat kecederaannya. Manakala remaja-remaja bangsawan lain pula, mereka menggigil apabila mereka ternampak Leylin dan bergegas melarikan diri.

"Hai! Leylin, awak mahu main bersama?"

Seorang perempuan bangsawan daripada kereta kuda yang sama datang kepadanya dan bertanya. Dia memakai pakaian bangsawan, stoking di kakinya yang panjang itu serupa seperti kehidupan Leylin yang sebelum ini, sambil kelihatan cukup menggoda.

Adat dunia ini ialah menghormati mereka yang kuat. Kini, Leylin merasakan suasana di dalam kereta kuda itu lebih baik, dan tiada siapa cuba untuk menentang dia.

Tambahan pula, beberapa perempuan bangsawan juga telah menyampaikan jemputan kepada dia.

Perempuan yang berada di dalam gerabak yang sama dengan dirinya, namanya adalah Lilith.

"Maaf! Tetapi saya ada kawan yang akan datang!" Leylin berkata dengan nada kesal.

"Ooh! Saya pasti telah ganggu awak! Saya akan ajak awak semula nanti, Jasmine dan beberapa orang lagi juga berminat dengan awak!"

Perempuan berkaki panjang itu kemudian tersenyum sambil mengangkat sedikit skirtnya, dan kemudian menunduk hormat, menyampaikan jemputan yang begitu memikat.

"Cepat betul perempuan matang!"

Leylin tersenyum kelat di dalam hatinya.

"Haha… Apa yang saya nampak tadi? Berapa kali tuan muda Leylin kita ni mendapat jemputan oleh perempuan?" Kedengaran satu suara individu yang suka membesar-besarkan sesuatu.

"Apalah sangat saya ini kalau nak dibandingkan dengan awak? 'Satin Gold Mane Lion', nama baik awak telah tersebar di kalangan kumpulan perempuan di seluruh kereta kuda!" Leylin berasa jengkel.

"Bukan awak menghindari saya supaya awak tidak terasing daripada semua orang, awak tak takut lagi ke benda itu akan berlaku?" Leylin memandang ke arah George yang menghampirinya.

"Awak topik hangat dalam kem ini! Ramai perempuan berminat pada awak. Lilith tadi itu boleh tahan juga. Saya pasti kalau awak betul-betul berusaha, awak pasti dapat buat dia jatuh hati dalam masa tiga hari!"

George ketawa. "Saya juga nak ucapkan tahniah kepada awak kerana telah berjaya membalas dendam!" Dia melemparkan satu botol kaca ke arah Leylin.

Lelylin membuka penyumbat oak itu. Campuran aroma buah bersama sedikit alkohol tersebar keluar, menyebabkan Leylin tanpa disedari terus menarik nafas panjang.

"Wain epal! Jarang saya dapat minum dalam beberapa bulan ini!"

"Betul! Lagi-lagi ini satu keistimewaan daripada persekutuan kami. Bukan senang saya berjaya sorok sampai hari ni!" George membuka botol wain di tangannya.

"Kepada Leylin! Bersulang[1]!"

"Bersulang!" Leylin tersenyum. Botol wain itu berlanggar antara satu sama lain, mengeluarkan bunyi yang jelas.

"Dan juga, terima kasih!" Leylin berkata dengan ikhlas.

George mempunyai kekuatan seorang Satria Persediaan. Dengan status kepimpinannya antara beberapa remaja bangsawan, kalau dia ingin mengambil tindakan sebelum ini, mudah baginya untuk menyelesaikan Ourin.

Namun, dia mengambil berat perasaan Leylin dan hanya membantu Leylin meningkatkan kekuatannya secara diam-diam. Selain itu, dia juga telah menyembunyikan hubungan persahabatan antara mereka supaya Ourin akan mencabar Leylin tanpa berfikir dua kali. Akhirnya, dia dapat membantu Leylin menyelesaikan isu dendamnya.

Ini juga membantu melindungi maruah dirinya sebagai seorang bangsawan.

Leylin dapa melihat ketelitian George dan juga kebolehannya untuk menjaga perasaan orang lain.

"Sekarang bukan lagi masa untuk memenangi hati orang, tetapi masa untuk menggunakan keikhlasan untuk memimpin mereka. Saya boleh katakan ini sangat berbaloi untuk keluarga Satin Gold Mane Lion, pemimpin Persekutuan Furze!" Leylin berfikir lama.

"Tak perlu berterima kasih! Kami sebagai ahli Persekutuan Furze, tidak mungkin saya akan berdiam diri melihat awak dibuli oleh orang-orang utara itu!" George ketawa sambil meneguk wain epal dengan sekali teguk.

"Sayang sekali! Kita sekarang semakin lama semakin masuk dalam ke hutan belantara, kita dah lama tak melalui bandar-bandar besar. Malah bekalan susah untuk dijumpai!"

George teringat rasa wain epal itu dan sedikit menyesal.

"Ah ya! Kami akan adakan satu jamuan barbeku; ia dituju kepada Persekutuan Furze kita. Awak nak sertai?"

George menyampaikan jemputannya.

"Mestilah! Dengan berbesar hati!" Leylin tersenyum sambil menjawab. Dengan identiti dia sebagai seorang bangsawan daripada Persekutuan Furze, dia hanya mampu menyertai kumpulan ini.

Sebagai seseorang yang mempunyai kekuatan yang masih di tahap yang lemah, menyertai kumpulan ini salah satu kaedah untuk melindungi keselamatan seseorang.

Hari sudah lewat malam dan langit dipenuhi dengan bintang-bintang yang berkelipan, memancarkan sinaran perak ke bumi.

Dalam kem itu, terdapat beberapa kelompok lelaki dan perempuan muda yang duduk bersama-sama, mengelilingi unggun api sambil ketawa dan bergurau senda. Suasana itu sangat meriah.

Selepas tinggal bersama beberapa bulan, mereka semakin rapat antara satu sama lain.

"Mari Leylin, saya kenalkan awak antara satu sama lain. Ini Yarfuan, keturunan Viscount Normier.

"Selamat berkenalan! Saya dengar banyak benda tentang awak menewaskan Ourin!" Yarfuan menghulurkan tangannya sambil tersenyum.

"Selamat berkenalan juga!" Senyuman yang ikhlas kelihatan di wajah Leylin sebaik sahaja dia berjabat tangan dengan Yarfuan.

"Ini adik-adik perempuan dia, Gwen dan Gwylith. Mereka peminat awak!" George membawa Leylin mengelilingi unggun api itu sambil memperkenalkan dirinya.

"Selamat berkenalan Encik Leylin!" Kedua-dua adik perempuannya sangat mirip. Mereka masing-masing mempunyai mata biru air yang berkilauan, suara yang seakan-akan sama, dan juga pipi yang merah di wajah mereka.

"Selamat berkenalan juga, gadis-gadis cantik! Saya bertuah dapat berjumpa dengan kamu!" Leylin meletakkan tangan di dadanya dan memberi ucapan selamat bangsawan.

Melihat kedua-dua perempuan itu tersipu-sipu malu sambil berlari pergi, George kelihatan seperti hendak pengsan.

"Bangsat! Bertuah awak ini! Mereka berdua minat dekat kau! Mereka itu kembar! KEMBAR!" Tangan George terhayun-hayun sambil kecewa.

"Okey! Okey! Saya percaya sekarang bekalan semakin berkurangan, saya pasti ada tujuan lain mengapa jamuan ini diadakan, dan bukan sekadar untuk mencari pasangan!"kata Leylin.

Manakala untuk kehendak peribadinya pula, dia masih mampu bertahan. Walaupun dia tidak kisah menunjuknya, ia juga bergantung kepada lokasi.

"Cepat betul awak tangkap apa yang berlaku!" kata George. Mukanya yang tersenyum tadi berubah dan diganti dengan aura kepimpinan.

Dia melangkah ke tengah-tengah kawasan itu dan mengetuk sudu perak di tangannya.

"Puan-puan dan tuan-tuan! Maaf menggangu, tetapi beri perhatian anda ke sini!"

Kedudukan George boleh dikatakan agak tinggi di kalangan mereka. Orang ramai di sekeliling menghentikan apa yang mereka lakukan dan mengalih pandangan mereka ke bahagian tengah.

"Pertama sekali! Saya ingin perkenalkan komrad baru yang akan menyertai kita! Nama dia Leylin!" umum George dengan suara yang lantang sambil memberi tepukan.

"Pak Pak Pak!" Bunyi tepukan yang kuat dan gemuruh kedengaran dari mereka sekelilingnya.

Leylin bangun dan memberi ucapan selamat kepada semua orang yang berada di situ.

"Okey!" George melambai-lambai tangannya, membuatkan tepukan berhenti dan menyambung, "Saya telah menubuhkan persekutuan kecil ini untuk memastikan setiap pembantu paderi daripada Persekutuan Furze kita ini akan selamat sampai ke akademi dan menjadi seorang Lord Magus yang dihormati. Oleh itu, rakan-rakan seperjuangan, masalah telah pun bangkit dan ini masanya untuk kita bekerjasama!"

Riak muka George berubah menjadi sedikit serius, malah nada suaranya juga menjadi lebih serius. Disebabkan semangat yang ditunjuk oleh George, suasana sekeliling telah berubah senyap. Hanya suara George yang masih bergema di udara.

"Kita akan keluar daripada hutan belantara ini tidak lama lagi dan akan memasuki Great Plains of Death. Ini fasa terakhir pengembaraan kita, dan juga yang paling berbahaya sekali!"

"Great Plains of Death?" Leylin terkejut, dan serta-merta mencari tentangnya melalui memori asal dalam dirinya.

Berdasarkan memori-memori dalam Cip A.I., benua yang Leylin berada sekarang ini sangat besar, penuh dengan kerajaan-kerajaan yang tidak bersatu antara satu sama lain.

Asalnya, Persekutuan Furze yang Leylin sertai ini dimiliki oleh bahagian tenggara benua itu. Nampaknya mereka ini antara kumpulan pelajar yang pertama. Parti pengembaraan ini telah menuju ke Utara, melalui banyak kerajaan duke dan kerajaan biasa, dan kini mereka telah sampai ke bahagian utara benua itu.

Selepas melalui hutan belantara, terdapat satu dataran panjang yang sempit. Dikatakan di sebalik dataran itu mungkin terdapat lautan.

Tetapi bahagian dataran ini penuh dengan pelbagai benda bahaya boleh berlaku, dan telah diiktiraf sebagai tempat larangan untuk manusia! Khabar angin mengatakan dataran-dataran ini penuh dengan pelbagai jenis binatang buas; sehingga penyamun-penyamun yang bengis pun tidak berani memasuki dataran-dataran ini. Setiap bahagian dataran ini penuh dengan mayat askar upahan, pengembara, dan pelancong!

Sekarang ini, kumpulan pengembaraan yang penuh dengan pembantu paderi Magus ini akan mula melalui Great Plains of Death, menuju ke pantai.

"Dengan perlindungan tuan-tuan berjubah hitam dan berjubah putih itu, kita pasti akan mampu melaluinya!" Seorang lelaki yang gemuk mula kecoh di antara kumpulan itu.

"Betul! Dengan perlindungan Tuan Magi dan Satria, potensi kita untuk melalui dataran ini agak tinggi! Tetapi apabila mereka tidak mampu bertahan, kita semua akan menempuh maut. Mungkin saya, mungkin kamu, kamu nak ke alami pengalaman hasil daripada peristiwa berikut?"

George bertanya.

"Mestilah tidak!" Lelaki yang gemuk itu menjerit sambil muka dia berubah kemerah-merahan dan kemudian duduk kembali.

"Betul! Motif kita ialah untuk sampai ke akademi Magus di seberang lautan dan menjadi Magi yang terhormat. Tetapi ujian yang kejam bermula sekarang. Berdasarkan maklumat yang ayah saya dapat, jumlah kematian bagi setiap parti pengembaraan Magus ialah paling tinggi di dalam Great Plains of Death!"

George meneruskan hujanya, menerangkan apa yang bakal berlaku.

"Apa… Apa yang patut kita lakukan?" Ramai pemuda lelaki dan juga perempuan mula panik, dan mereka melihat George dengan muka yang pucat, mengharapkan George ada rancangan.

*[1] Bersulang ialah perbuatan melagakan cawan ketika ingin minum. Dalam bahasa Inggeris ialah 'Cheers'.