Pertempuran untuk keuntungan dan manfaat serta penindasan kemusnahan yang datang bersama-sama dengannya adalah terlalu kejam dan tiada belas kasihan. Lucca nampaknya sedikit pun tidak bersimpati dengan para tawanan ini.
Mungkin para Warlock generasi baru ini mempunyai beberapa keraguan. Bagaimanapun, setelah mengalami kekacauan di benua tengah serta permusuhan Dunia Magus dan keagungan selepas itu, Lucca pasti tidak akan mengamalkan mentaliti sedemikian.
"Bila kita sampai ke Bandar Alabaster nanti dan serahkan tugasan kita, semua orang dapat berehat secukupnya, okey!" Lucca berteriak dengan kuat, menimbulkan kegembiraan kepada konco-konconya. Teriakan itu diselit dengan tangisan-tangisan ketakutan para tawanan. Adegan ini agak kelakar.
"Juga, semua orang tahu peraturannya, kan??? Tak perlu saya terangkan."
Lucca kemudian melempar satu jelingan maut ke seluruh konconya di belakangnya. Terdapat tanda-tanda amaran yang sangat jelas di matanya.