Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 78 - Penyusunan

Chapter 78 - Penyusunan

Bayang-bayang meja bulat mahogani dapat dilihat di bawah cahaya malap tanglung.

Empat kaki meja itu menjadi panjang dalam bayang-bayangnya dan apabila diunjurkan di dinding, bayangnya kelihatan seperti binatang dengan empat anggota badan, dan kelihatan tidak menyenangkan.

Leylin berdiri di hadapan meja, dan bayang-bayangnya juga jadi memanjang.

Satu timbunan skrol hitam diletakkan di atas meja kayu mahogani itu. Di atas permukaan setiap skrol terdapat gambar gagak. Ketika ini, burung-burung gagak itu seolah-olah hidup dan menggauk berterusan. Bunyi yang dihasilkan mampu menakutkan orang.

"Tidak kira apa sekalipun, aku perlu lihat isi kandungannya!"

Leylin membuat keputusan, "Walaupun jika ini ialah perangkap, yang mengandungi bermacam-macam sihir mengesan di dalamnya, saya masih mempunyai masa yang cukup untuk melarikan diri!"

Walaupun begitu, Leylin masih mencengkam erat Posyen Putaran Perisai Trevor, yang dia baru saja bancuh, di tangannya.

Selepas itu, dengan suara yang tegas, Leylin bercakap dalam bahasa Byron, "Buka dengan nama Leylin Farlier!"

*Caw Caw Caw!* Burung gagak hitam menggauk, dan susuk tubuhnya menjadi bengkang-bengkokl. Banyak garisan hitam berkumpul, membentuk satu imej tengkorak hitam.

Leylin mengambil satu kristal merah dari jubahnya dan melemparkannya ke dalam mulut tengkorak itu.

*Crunch! Crunch!* Tengkorak hitam itu segera terbang dari kertas dan memakan kristal merah itu.

*Puff!* Setelah selesai makan, tengkorak hitam itu meletup, dan skrol itu bergetar dengan ganas. Skrol itu mula terbakar di bahagian bawah, di mana nyalaan api berwarna hijau dapat dilihat.

Api hijau itu kemudiannya membentuk banyak huruf di udara.

Mata Leylin beralih. Huruf-huruf hijau ini merupakan kod rahsia, yang mana orang luar tidak faham. Tetapi dia telah mempelajari kaedah penyulitan dan penyahsulitan bagi kod rahsia ini di Akademi Abyssal Bone Forest.

Di bawah huruf-huruf berwarna hijau terdapat cop berwarna merah terang, dengan nama yang terkenal di bawahnya ditulis dalam bahasa Byron. Terdapat juga satu imej ular hitam yang merangkak keluar dari tengkorak.

"Sampaikan cap mohor pengerusi juga muncul, nampaknya berita ini bukan palsu!"

Ekspresi Leylin menjadi tidak menentu apabila melihat huruf-huruf berubah-ubah.

Beberapa lama kemudian, selepas api itu selesai membakar, huruf hijau itu hilang di udara, dan meninggalkan gumpalan abu kelabu.

Leylin mengeluh dan dahinya berkerut.

"Mereka betul-betul menghantar pesanan tertinggi, meminta semua pembantu paderi yang menjalankan misi di luar, untuk segera kembali ke akademi!"

"Tambahan pula, mereka juga telah menetapkan hukuman berat. Mereka yang tidak kembali ke akademi dalam masa 3 bulan, akan segera dilabel sebagai pengkhianat, dan tertakluk kepada hukuman pasukan disiplin akademi!"

"Nampaknya aku perlu balik kali ini!" Leylin mengomel.

Sama ada hal ini ialah perangkap yang ditetapkan oleh musuh atau tidak, Leylin sama sekali tidak risau.

Pertama sekali, Leylin hanyalah seorang pembantu paderi kelas bawahan. Musuh tidak akan mengunakan cara bersusah-payah deminya.. Selain itu, pengerusi Akademi Abyssal Bone Forest ialah tokoh legenda. Dia, sekurang-kurangnya Magus pangkat 2. Walaupun Akademi Abyssal Bone Forest kalah, cop mohor peribadinya tidak akan berada di tangan musuh.

"Akademi Abyssal Bone Forest..." Leylin mengeluh dan memikirkan tentang Kroft, Bicky, Nyssa dan yang lain. Dia tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka.

Sebelum ini apabila Leylin membuat keputusan yang terburu-buru untuk pergi, perbuatannya memang agak mementingkan diri. Walau bagaimanapun, kekuatannya tidak setaraf dengan semut sekalipun di hadapan dua akademi itu, jadi dia tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik.

"Aku tidak pernah terbayang selepas 3 tahun, akhirnya aku akan kembali!"

Leylin tiba-tiba memberi arahan, "Cip A.I., pamerkan status aku sekarang!"

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 3, Satria. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya Tahan: 3.7, Kuasa rohani: 13.1, Kuasa Ajaib: 13 - (Kuasa ajaib selaras dengan kuasa rohani). Status: Sihat]

Lebih daripada setahun telah berlalu. Posyen Azure yang diubah suai, walaupun untuk pembantu paderi tahap 3, mempunyai kesan yang sangat baik. Ia berjaya meningkatkan daya rohani Leylin sebanyak 3 mata lagi.

Rintangan tubuhnya terhadap ubat itu bagaimanapun, kini telah mencapai had. Jika dia minum lebih banyak Posyen Azure sekalipun, posyen itu tidak lagi mempunyai kesan.

Meningkatkan daya kerohaniannya untuk beberapa tahun akan datang ialah mustahil bagi Leylin melainkan jika dia mencipta ubat daya rohani yang baru.

"Selepas pembantu paderi tahap 3, seterusnya ialah alam Magus rasmi!" Leylin menggumam, "Memajukan diri dari pembantu paderi tahap 3 kepada Magus rasmi, akan mengakibatkan kesesakan yang besar. Kesukaran itu jauh lebih tinggi daripada peningkatan tahap 2 menjadi pembantu paderi tahap 3."

Nampaknya semua pihak di Dunia Magus sengaja mengawal maklumat mengenai Magus rasmi. Walaupun Leylin membelanjakan sejumlah besar kristal ajaib, dia tidak akan mampu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Insiden terdesak sebelum ini, sewaktu dia meningkat ke pembantu paderi tahap 3, tiba-tiba muncul dalam minda Leylin

"Mereka yang berkuasa tinggi di Dunia Magus telah menyimpan maklumat ketat mengenai kemajuan menjadi Magus. sangat sulit. Tidak kira betapa geniusnya seorang ahli sihir yang mengembara, selagi mereka tidak menyertai satu pihak, mereka tidak akan memperoleh pengetahuan tentang cara mencapai kemajuan. Ini bertujuan menjaga pembantu paderi tahap rendah daripada menentang dan mewujudkan pemberontakan untuk menjaga kepimpinan.

Leylin, juga, telah mengalami akibat buruk kerana mencapai kemajuan tanpa pengetahuan sebelum ini. Jika bukan bantuan Cip A.I., dia akan mati tanpa meninggalkan jenazah sekalipun.

"Akademi Abyssal Bone Forest! Aku terpaksa kembali dan mendapatkan pengetahuan untuk maju ke tahap Magus rasmi."

Ini ialah satu-satunya tempat di mana Leylin tahu dia boleh mendapatkan maklumat dengan lebih mudah. Dari segi pasarnya pula, langsung tidak menarik perhatian Leylin.

Haluan seorang Magus akan dilitupi dengan duri. Salah satu langkah akan mengakibatkan keputusan yang tidak dapat diubahsuai.

Sebelum ini, Leylin mengambil risiko dan mencapai kemajuan ke pembantu paderi tahap 3, tetapi kerana kekurangan bimbingan dari akademi dan mentornya, dia hanya boleh bergantung kepada Cip A.I. untuk mensimulasikan. Akhirnya, dia bertemu dengan dua situasi yang tidak dijangka. Jika bukan kebolehan Cip A.I. yang meluas, ditambah pula dengan sedikit nasib, Leylin tidak akan dapat maju dengan mudah, dan tanpa sebarang kesan sampingan.

"Cuma... aku perlu menimbangkan semula pengurusan untuk orang bawahan aku!"

Leylin mengusap dagunya, "Mungkin, menguruskan rancangan sandaran di sini adalah idea yang baik sebenarnya..."

"Berikan arahan, malam ini aku ingin menyertai orang bawahan untuk makan malam!"

Selepas keluar dari makmal rahsia, Leylin mengarahkan Anna.

"Ya, Tuan Muda!" Leylin lebih suka menyendiri, dan dia biasanya meninggalkan tugas-tugas hariannya dan perkara-perkara kecil kepada Anna, Greem dan yang lain-lain, sementara dia mengasingkan diri dalam makmal eksperimen sepanjang hari. Dia juga jarang meninggalkan manor itu, jadi tindakannya memberikan arahan tadi, membuatkan Anna terkejut. Walau bagaimanapun, dia seorang wanita yang bijak, jadi dia tidak banyak bertanya. Selepas tunduk hormat, dia berundur sambil menunjukkankan tubuh badannya yang cantik, di hadapan Leylin.

Di manor, pasti adanya dewan yang cukup besar, yang dapat menampung tuan yang mahu makan bersama orang-orang bawahannya.

Dewan itu dibina dengan batu-batu merah yang besar. Tingkap-tingkapnya agak kecil, dan cahaya matahari yang malap menyinari dewan itu Walau bagaimanapun, di tengah-tengah dewan itu, satu rak perak dengan beratus-ratus batang lilin yang dinyalakan telah menyelesaikan masalah itu sepenuhnya.

Di tengah-tengah dewan besar itu juga, terdapat satu meja merah yang panjang. Para pelayan dan kakitangan dapur mengalihkan kerusi besar bersandar, yang menyebabkan bunyi bising. Mereka juga meletakkan kain tebal berwarna putih di atas meja, dan mengatur garpu perak dan sudu, pinggan dan peralatan makanan yang lain.

Apabila tiba masanya untuk makan, meja sudah dipenuhi dengan banyak hidangan. Di tengah-tengah meja ada daging kambing yang dibakar. Di sekitar daging barbeku kuning keemasan itu, terdapat banyak buah berwarna ungu dan merah. Buah-buah ini melengkapkan gabungan hidangan.

Leylin segera duduk di posisi paling dihormati dan melihat kumpulan di hadapannya.

Di sebelah kiri dan kanan Leylin, masing-masing ialah Fraser dan Greem. Sebagai Satria dan orang bawahan yang telah mengikuti Leylin dari awal, kedudukan merekalah yang paling tinggi. Di sebelah mereka ialah pengurus rumah, Si Tua Welker, dan pemimpin kumpulan tentera upahan Roran Hawks, Fayern.

Bagi Anna pula, dia menunggu di belakang Leylin dengan senyap, seperti pelayan wanita yang patuh. Walau bagaimanapun, semua orang yang hadir tidak berani memikirkan status wanita ini hanyalah seorang pembantu rumah.

Semua orang tahu Anna sangat disukai oleh Tuan Muda ini. Bukan sahaja dia kerap dapat bertemu dengan Leylin, tetapi dia juga memegang kunci peti besi emas! Si Tua Welker itu ada merungut sedikit tentang hal ini tetapi Leylin tidak peduli.

Selepas Leylin membeli tanah di sini, Fayern telah memindahkan seluruh keluarganya, dan menjadi orang bawahan Leylin yang setia.

Selepas itu ialah kumpulan tentera upahan Roran Hawks. Kontrak dengan mereka sudah tamat tak berapa lama dahulu. Separuh daripada anggota tentera upahan itu terus tinggal di situ kerana syarat-syarat lumayan yang ditawarkan oleh Leylin.

Ramai lagi orang suruhan yang lain duduk di meja panjang itu, tetapi Leylin hanya mengenali beberapa orang sahaja. Yang lain biasa Leylin lihat tetapi hanya kenal wajah dan nama mereka. Maklumat ini dia dapat ingat dengan bergantung pada Cip A.I.

Leylin tidak pernah ambil peduli dengan perkara-perkara remeh dalam kehidupan. Haluan untuk menjadi seorang Magus sudah mengambil sejumlah besar tumpuannya. Dia benar-benar tidak dapat memikirkan perkara lain lagi.

Sudah tentulah kelakuan Leylin ini sama dengan kebanyakan ahli sihir lain. Sikapnya juga bersesuaian dengan anggapan orang ramai tentang ahli sihir.

Dalam hati semua orang di pantai selatan, para penyihir ialah sekelompok orang yang mempunyai kuasa-kuasa misteri, tetapi mereka selalunya suka bersendirian. Mereka sering tinggal di hutan gelap atau perairan tersembunyi. Mereka hanya akan meninggalkan kediaman mereka apabila memerlukan bahan-bahan dan barangan lain.

"Tuan Muda!"

Orang ramai di sekeliling meja panjang itu berdiri dan tunduk hormat.

*Ding!* Leylin menggunakan sudu perak dan mengetuk gelas di hadapannya, lalu menghasilkan bunyi yang asyik.

"Perhatian! Saya memanggil kamu semua ke sini hari ini, kerana saya mempunyai sesuatu untuk diumumkan!" Mata Leylin mengimbas orang-orang di situ. Setakat ini, kekuatan kerohaniannya telah mencapai 13.1, dan pandangan misteri matanya amat mengagumkan, seolah-olah matanya telah dipahat dari permata gred tertinggi. Sesiapa yang dilihat olehnya akan mengalami rasa sakit yang tajam di mata mereka, dan air mata mereka akan mengalir secara disedari.

Greem dan Fraser sekalipun hanya mampu menundukkan kepala mereka pada saat ini.

"Tolong berikan pesanan, Tuan Muda!"

"Saya akan pergi dari sini untuk tempoh yang agak lama, dan tidak dapat dipastikan bila saya akan kembali. Sewaktu saya tiada, kedai ubat dan urusan harian manor akan diputuskan oleh Anna, Greem dan Fraser."

Leylin memandang orang ramai di bawahnya dan berkata perlahan-lahan.

"Apa?" Keadaan menjadi riuh-rendah dan orang-orang lain saling berbisik dengan bersungguh-sungguh di antara satu sama lain. Mereka memandag trio Anna, Greem dan Fraser dengan pandangan yang aneh.

Greem dan Fraser boleh bertolak ansur saat mereka menjadi menjadi tumpuan orang lain. Walau bagaimanapun, sebagai seorang wanita, Anna kelihatan agak tidak selesa. Dia berpusing dan mengenggam pakaiannya.

"Diam!" Leylin mengetuk gelas perak lagi, dan orang ramai di situ menjadi senyap.

"Bermula hari ini, kata-kata daripada mereka bertiga sama sahaja seperti kata-kata saya. Apa sekalipun keputusan mereka, kamu mesti patuhi sepenuhnya dan laksanakan arahan mereka.

"Kami menurut perintah!" Walaupun Leylin biasanya tidak mempedulikan hal-hal lain, dia mengeluarkan aura yang sangat berkuasa. Ada khabar angin yang mengatakan Leylin ialah sebahagian daripada Entiti Misteri. Ini semua menjadikan orang bawahannya semakin menghormatinya.