"Awak dan saya sama jenis dan saya ada keupayaan untuk selamatkan awak. Mana mungkin saya boleh tinggalkan awak macam itu sahaja?" Leylin bercakap dengan nada yang tegas.
"Bodoh," gadis ular itu mendengus dingin tetapi Leylin perasan jelingan gadis itu beransur-ansur menjadi lembut. Dia meneruskan dengan suara yang suram, "Seorang yang mempunyai darah campuran seperti awak sebenarnya sangat jarang ditemui."
Mendengar kata-kata Leylin itu, gadis ular itu serta-merta terkedu. Ekspresinya semakin lembap seolah-olah air menetes daripada wajahnya. Leylin secara rahsia mengangguk bersendirian ketika dia melihat adegan ini, 'Aku tak silap. Baka separuh akan sentiasa mengalami diskriminasi, tidak kira dunia mana mereka berada.'