Leylin telah mengalami pengembaraan ruangan masa beberapa kali dan telah biasa dengannya. Sebaik sahaja dia melalui pintu astral itu, truesoul kemuncak Anak Bulan yang mengalir di dalam lautan kesedarannya mulai berkedip-kedip, satu lapisan kuasa jiwa yang lembut dan tenang namun sangat padat menyelubungi badannya. Sama ada pergolakan ruangan atau Kehendak Dunia yang menakutkan, segala-galanya telah disingkir olehnya.
Bahkan para Morning Star pun boleh berkeliaran di sekitar retakan dunia hanya menggunakan pertahanan badan mereka sahaja. Ini tidak mendatangkan masalah langsung terhadap para Radiant Moon.
Melalui imbasan kuasa jiwa, Leylin merasakan dunia yang penuh dengan partikel-partikel elemen api. Tidak seperti Dunia Lava yang pernah dijejakinya sebelum ini, tempat ini kekurangan batu-batuan dan partikel-partikel tenaga lain. Ia adalah sebuah dunia merah tulen yang hanya dipenuhi oleh api.