"Dreamscape…" Leylin mengeluh. Dia dapat rasai kawasan luar biasa yang menyambung dua ruangan itu telah lenyap. Mulai sekarang, tempat ini akan kehilangan hubungannya dengan Dreamscape.
Walaupun Leylin menjangkakan masa ini akan tiba, dia masih berasa sedih.
"Ini hanya perpisahan sementara; Dreamscape, Gillian…"
Dengan jumlah besar dreamforce dan maklumat bernilai dalam miliknya, Leylin yakin dia dapat memasuki Dreamscape dengan usaha sendiri. Bagaimanapun, itu akan memerlukan banyak penyelidikan dan eksperimen. Dia tidak akan dapat menghubungi Dreamscape dalam masa terdekat tetapi lama-laun akan menubuhkan sambungan antara kedua-dua belah itu menggunakan kekuatannya sendiri, kemudian kembali ke sana.
"Sayangnya…" Kesedihan ditunjukkan pada mata Leylin. Dengan keadaan semasa, dia mungkin dapat meneruskan interaksi dengan Dreamscape dan mendapatkan keuntungan yang lebih besar.