Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 66 - Rune Belenggu

Chapter 66 - Rune Belenggu

"Ada cahaya! Ada cahaya di hadapan!"

Seorang askar yang berjalan di barisan hadapan menjerit.

Leylin melihat. Sesungguhnya, terdapat cahaya yang bersinar di hujung terowong itu.

"Masuk!" Jackson memegang kuat pedang besar dengan kedua-dua tangan dan meluru ke hadapan.

Yang lain pun mengikutnya.

Cahaya! Cahaya yang tajam memancar ke bawah dari bahagian atas!

Mata Leylin berasa pedih - air mata mengalir tanpa terkawal. Dia segera menutup matanya dengan tangan.

"Argh!" "Raksasa!" "Berhati-hati!"

Pelbagai teriakan bergema, dan senjata berayunan.

[Sedia! Serangan akan melanda tidak lama lagi! Gerak balas optimum: mundur ke belakang dan mencangkuk!] Suara Cip A.I. kedengaran dan ia menayang sebuah skrin biru cair.

Di skrin, seekor burung helang sedang mencakar Leylin.

Leylin berundur satu langkah ke belakang dengan cepat dan menjongkok untuk mengelak daripada serangan itu.

Sementara raungan bergema di persekitaran, suara kejayaan Jackson pula kedengaran.

Selepas imbasan Cip A.I., Leylin dapat melihat dengan jelas yang makhluk cicak ini sedang menggunakan kelebihan mereka dalam topografi terowong itu untuk menyerang dan membunuh Jackson dan pasukannya.

Jackson dan pasukannya telah menghadapi serang hendap yang pantas sehinggakan keseluruhan pasukan itu mengalami kecederaan teruk.

Leylin akhirnya dapat menyesuaikan matanya dengan cahaya yang terang ketika dia sedang cuba memfokus pandangannya kepada situasi di sekelilingnya. Dia perasan tanah penuh dengan mayat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai kesan dikunyah oleh makhluk-makhluk aneh ini.

Pada ketika itu, yang masih hidup hanya 2 pemimpin pasukan Satria, dan tubuh berjubah kelabu yang selalu mengikut Viscount Jackson dan Viscount Jackson sekali.

Di kalangan para pembantu paderi pula, seorang telah pun rebah di atas tanah, dan seorang lagi mempunyai luka besar pada bahagian perutnya yang sedang berlumuran dengan darah.

Di puncak gua, makhluk-makhluk seperti ubur-ubur berwarna putih sedang terapung di permukaan udara. Kilauan yang kelihatan dari awal itu rupanya telah dipancar oleh mereka.

"Lonjakan cahaya yang dipancar oleh ubur-ubur ini sebenarnya dapat meningkat dengan segera dan menghasilkan efek yang serupa seperti nyahcas bom tangan. Penyelarasan yang dibuat oleh makhluk-makhluk ini yang telah mengakibat kematian dan kecederaan terhadap para askar ini pastinya mempunyai sejenis kecerdasan dalam diri mereka!"

Selepas cahaya memancar dari ubur-ubur, mereka kelihatan letih dan ia membuat mereka terapung di permukaan udara. Walaupun masih terdapat beberapa cahaya yang berpancaran daripada tubuh mereka, ia tidak silaukan mata manusia. Ia seolah-olah seperti kilat yang sebegitu hanya serangan sekali sahaja.

"Ini sebenarnya Ubur-ubur Flash, sejenis makhluk bawah tanah. Mereka hanya dapat lakukan serangan sebegitu hanya sekali. Mereka perlu berehat selama satu hari sebelum memancar cahaya yang begitu kuat!"

Murphy muncul dengan sebuah buku pada dadanya.

"Kita tidak perlu hiraukan organisma parasit ini, tetapi makhluk-makhluk yang berada di tengah-tengah itu!" Leylin menunjuk ke jantung gua, dan tersenyum kelat.

Leylin dan selebihnya masuk ke dalam gua bawah tanah yang besar, di mana silingnya penuh dengan stalaktit dan Ubur-ubur Flash, yang memberi panorama kawasan pedalaman.

Pada masa ini, terdapat banyak makhluk yang bermutasi tetapi kuno di dalam gua. Terdapat cicak, beruang coklat, dan rusa besar, yang kira-kira berjumlah lebih sedozen. Di kalangan mereka, terdapat seekor ular kuning yang besar seolah-olah seorang raja di bahagian tengah dan ia dijaga oleh makhluk-makhluk itu.

"Ia Mankestre – Ular Mankestre Lenyap Ulung!" Buku Murphy jatuh dari tangannya ke lantai, di mana suatu bunyi bang kedengaran.

"Cip A.I., imbas sekarang!" Leylin memberi arahan.

[Ular Lenyap Ulung - Mankestre (Badan-separa manusia) Kekuatan: 11.9, Ketangkasan: 6.5, Daya tahan: 14, Kuasa rohani: 8]

[Kebolehan: 1-Berparasit. Seekor Mankestre mampu membiak parasit yang sangat kuat di dalam badannya dan merebaknya kepada organisma-organisma yang lain, membuat mereka menjadi hamba-hambanya.]

[2-Lenyap. Kawasan-kawasan yang telah dilalui oleh seekor Mankestre, tumbuhan-tumbuhan akan mati, dan berubah menjadi sejenis nutrien untuk Mankestre tersebut. Seekor Mankestre matang menguasai kekuatan seorang Magus rasmi, dan mampu mengubah seluruh hutan menjadi abu-abu yang kabur.]

[Sumber maklumat: , ]

Cip A.I. sampaikan maklumat di hadapan Leylin dengan segera.

"Separuh badan dewasa? Ia tidak kelihatan seperti ular yang dewasa!" Leylin mula-mula menghembus nafas lega, sebelum menjerit, "Murphy, jangan tertipu dengan penampilannya. Ini hanya Mankestre yang muda, bukan matang. Kita masih mempunyai peluang!"

"Sememangnya!" Murphy meneliti badan ular yang berwarna kuning kecoklatan dan pulih dari ketakutannya, "Seekor Mankestre yang matang sekurang-kurangnya bersaiz 100 meter panjang, dan ular ini jelas kelihatan seperti belum mencecah 100 meter. Bilangan parasit yang terhasil daripadanya juga tidak bersesuaian!"

"Ular besar ini dalang di sebalik hutan layu?" Tanya Jackson sambil menyentuh ular yang besar itu dengan halkumnya bergerak.

"Betul! Mankestre akan gunakan jus tumbuh-tumbuhan sebagai makanan ruji mereka. Mereka agak licik dan malas, dan tidak suka bergerak. Asasnya, mereka akan gunakan parasit untuk mengumpul makanan untuk kegunaan sendiri!"

Murphy yang penuh pengalaman dan kebijaksanaan sedang berjaga-jaga dengan ular Mankestre yang besar ini.

"Oleh itu, jika kita membunuhnya, dapatkah kita pulihkan semula pengeluaran herba di Hutan Malam yang Gelap?" Jackson gunakan pedang panjangnya untuk mengacunya pada ular kuning besar yang dilindung oleh makhluk bermutasi yang parasit itu.

"Secara teori, ia sepatutnya berlaku jikalau awak membunuh atau mengusirnya. Walaupun kematiannya tidak dapat menghidupkan hutan layu itu semula, ia masih dapat memberi peluang kepada mangsa dan hutan untuk pulih semula kepada keadaan yang asal!"

Murphy tersenyum sinis.

* Hiss! * Ular itu berdesis sambil menggulung dirinya di tengah-tengah gua, dan lepaskan bunyi ular yang rendah.

Ia sejenis bunyi yang terhasil daripada geseran antara dua keping kulit yang rosak. Bunyi itu agak mengacau pendengaran mereka.

Makhluk-makhluk yang mengelilingi Leylin dan yang lain seolah-olah telah menerima pesanan, dan melolong ketika mereka menyerang ke hadapan!

Leylin melihat sambil berkata, "Terdapat terlalu banyak makhluk-makhluk di sini, dan sesiapa pun belum menangani badan induknya. Oleh itu, saya mesti menyimpan kuasa sihir saya!"

"Cip A.I.! Simulasi kaedah serangan yang paling optimum !"

Leylin keluarkan pedang salibnya.

[Bip! Menambah data keadaan, mula membina dengan status Tuan badan!]

[Mengira simulasi pertempuran kaedah yang paling optimum!] Cip A.I. secara berterusan telah memapar gaya serangan makhluk-makhluk yang mengelilingi rumah.

Kaki Leylin beralih semasa dia elakkan diri daripada serangan beruang coklat. Pedang salib di tangan kanannya menggambarkan trajektori yang aneh, dan memesong cakar beruang itu. Ia secara langsung menusuk tengkorak beruang coklat.

* Bang! * Mayat beruang coklat besar jatuh ke tanah, dan Ular Mankestre juga melihat kejadian itu sambil merenung Leylin.

Kulit kepala Leylin berdenyut. Dia segera jauhkan diri.

"Hebat!" Seru Jackson dengan kagum. Badannya seolah-olah berubah menjadi ribut angin, dan dia menghapuskan kumpulan makhluk aneh itu secara berterusan. Yang tinggal hanya jejak darah di belakang.

"Nampaknya Jackson telah hidupkan teknik Satria rahsia! Teknik dia seharusnya dapat tingkatkan ketangkasan."

Beberapa pembantu paderi yang lain juga telah menjampi sihir pangkat 0 yang mereka sediakan untuk membunuh makhluk-makhluk ini.

Leylin hanya melihat dan tidak mengganggu mereka lagi.

* Sssii! * Mayat beruang coklat yang dibunuh oleh Leylin terurai dengan cepat. Banyak urat yang muncul daripada tulangnya. Urat-urat itu bercantum sekali dan berubah menjadi makhluk yang Leylin dan yang lain sedang jejaki sejak dulu lagi. Makhluk itu memanjat ke dalam mulut Mankestre.

Ular Mankestre membuka mulutnya dan menunjukkan barisan gigi yang tajam. Lidahnya bergelung, kerana ia menelan makhluk aneh yang berurat merah ke dalam perut.

"Cara untuk dapatkan semula parasit?" Leylin agak terkejut.

Selepas menelan parasit, Ular Mankestre akhirnya membuka lingkarannya dan melihat Leylin dan pasukannya yang sedang membunuh makhluk-makhluk itu dengan gigih. Matanya yang merah menunjuk tanda-tanda kemarahan.

* Bang! * Ular besar itu terkena tembakan dan seluruh gua itu berbunyi bising.

Badan Ular Mankestre yang besar itu bergerak dengan laju sambil meluru ke arah Jackson.

"Ia terlalu cepat! Dengan ketangkasan 6.5, saya hanya dapat melihat imej tinggal dia" Leylin dengan cepat berundur, dan pada masa yang sama, dia gunakan pedang silang untuk melindung dadanya.

Lonjakan tekanan yang besar datang dengan laju dan pedang salib yang dipegang oleh Leylin berterbangan di permukaan udara. Pedangnya patah dan hancur dalam sekelip mata.

"Tekanan yang sangat kuat! Ia mampu mengebas pedang saya secara bersahaja!" Pupil mata Leylin mengecil.

Ular Mankestre membuka luas rahangnya. Giginya yang tajam itu menuju ke arah Jackson dan memberi bau seperti ikan. Jikalau Jackson tertangkap, dia pasti akan terbunuh tanpa sebarang jejak.

"Tuan!" Dua lagi Satria dan lelaki berjubah hitam menjerit.

"Hah! Percubaan yang bagus!" Di ambang kematian, Jackson akhirnya telah melepaskan semua tenaga dalamannya. Pedangnya telah menusuk mahkota ular itu dengan kelajuan yang sukar untuk dikesan oleh mata sesiapa.

Pedang itu, bagaimanapun, hanya telah tinggalkan bintik putih pada sisik ular sedangkan Jackson telah gunakan kekuatannya untuk menyerang semula. Dia memutar pinggangnya untuk mengelak diri daripada patukan ular itu.

"Lindungi Tuan kita!" Kedua-dua Satria itu bergegas ke hadapan. Ular Mankestre mengeluarkan deruan yang ganas, dan menelan kedua-dua Satria itu ke dalam perutnya.

"Bola Api Sekunder!"

"Tembakan Aqua Berasid"

Pada masa ini, pembantu paderi yang lain turut membuang mantera mereka terhadap ular besar itu.

* Bang! * Anak panah hitam bersama api kuning meletup daripada badan ular yang besar itu. Dua lubang yang bercambah kelihatan dengan jelas.

Ular besar itu mengaum dengan putus asa. Sisik badannya bergetar dan ekornya pula berterbangan ke arah pembantu paderi.

"Daya ketahanan ular itu sangat tinggi, sehinggakan mana-mana sihir pangkat 0 tidak dapat menyekat pergerakannya!"

Ular yang besar itu telah mengayun ekornya, dan beberapa pembantu paderi tidak dapat mengelak diri. Mereka semua terkorban dan darah mereka berlumuran pada permukaan badan ular besar itu.

"Tidak! Decker! Lancer!" Murphy menangis serak dalam kesedihan.

"Tidak ada pilihan, kita mesti berundur terlebih dahulu!" Beberapa orang yang tinggal berlindung, apabila tubuh berjubah kelabu di belakang Jackson bertutur dengan nada yang geram.

"Tidak! Cacing terkutuk ini berani membunuh Decker dan selebihnya! Saya pasti tidak akan membiarnya pergi!" Mata Murphy penuh dengan kemarahan.

"Saya mempunyai jampian yang boleh kurangkan had pergerakannya buat sementara waktu. Yang selebihnya terpulang kepada awak."

Murphy melangkah ke hadapan. Dia meletakkan cermin mata satu kanta pada tangan dan melemparnya ke arah ular besar itu.

* Bang! * Kaca itu pecah di atas badan ular besar itu. Banyak rune berwarna merah gelap muncul secara tiba-tiba.

Rune merah gelap bertambah banyak dan berubah menjadi bentuk rantaian yang panjang. Rune itu mengikat ular besar itu di dalamnya.

"Sangat menarik!" Leylin berkata, "Ia tidak akan dapat bergerak sekurang-kurangnya selama setengah minit yang akan datang, jadi gunakan apa sahaja cara yang awak ada untuk membunuhnya."