"Carol?" Leylin bersandar pada sofa teksi sambil mendengar bunyi enjin yang dikenali, fikirannya kabur. 'Bunyi macam penyanyi terkenal, dikatakan sebagai idola para remaja di Persekutuan Furze… Macam berkaitan dengan aku tapi… aku tidak ingat lagi…'
Memori yang berkaitan dengan orang lain segera muncul di otak Leylin, "Cuma, kenapa aku asyik terasa seperti sesuatu yang tidak kena? Ini sepatutnya bukan hidup aku… Hidup aku…"
Leylin memanjangkan tangan kanannya dan tiba-tiba satu perkataan muncul dalam otaknya: "Api!" Perkataan ini disebut dalam bahasa Byron kuno tetapi sepuluh saat berlalu dan tiada apa-apa yang berlaku.
"Apa yang tidak kena dengan awak ini Leylin? Mencipta perkataanbaru? Kenapa saya tidak pernah dengar ini, adakah ini bahasa Jerman atau Sepanyol?" Serway bertanya selamba sambil melihat pemandangan di luar tingkap teksi dari semasa ke semasa.