Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 62 - Posyen yang Diubahsuai

Chapter 62 - Posyen yang Diubahsuai

"Apa yang awak buat? Turunkan saya cepat!"

Pada masa ini, Langford, yang terperangkap, berubah dengan cepat.

Wajahnya yang nampak kurang siuman itu bertukar waras. Kepalanya yang botak kini ditumbuhi banyak helaian rambut hijau yang memanjang hingga ke pergelangan kaki.

"Lihat rambutnya yang sedang memanjang, nampaknya dia telah memperolehi kewarasannya semula!" Suara gadis kecil itu kedengaran dan anggur hijau menganjur keluar.

"Langford! Awak sebenarnya tidak dapat mengagak bila detik ketidakwarasan awak akan timbul semula. Awak juga telah melanggar peraturan ngarai dengan menakutkan pelanggan kita! Lebih baik awak minta maaf daripada tetamu kita. Jika tidak, awak terpaksa berambus dari tempat ini!"

Dua suara surut secara beransur, dan Leylin tidak melihat dua lagi pembantu paderi tahap 3, walaupun selepas pertempuran berakhir. Lebih-lebih lagi, bahagian dalaman di gua pun tidak terusik.

Setelah melihat sesuatu yang tidak kena, lelaki kerdil itu membongkok di hadapan Leylin dengan cepat dan berkata, "Maafkan saya, Tuan! Kerana beberapa tekanan mental, ada kalanya saya tidak dapat mengawal diri saya sendiri. Saya harap awak akan benarkan saya untuk melakukan sesuatu sebagai ganti ke atas kesulitan yang telah berlaku."

Langford agak lemah semangat, "Sebenarnya saya fikir ketepatan masa saya betul. Tetapi, saya tidak sangka yang ia akan bertambah teruk daripada biasa, mana tahu, mungkin saya perlu berpindah keluar...."

Leylin juga tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dalam keadaan ini. Dia hanya boleh berkata, "Kalau begitu, kejutkan hamba saya. Cepat bawakan bahan-bahan yang saya pesan itu!"

"Sudah tentu!" Lelaki tua kerdil itu menyeret rambut panjangnya sambil berdiri di hadapan Greem. Dia membuka kelopak mata Greem untuk melihat, "Hamba awak hanya pengsan untuk sementara waktu. Dia akan pulih selepas tempoh rehat yang pendek!"

Dia kemudian mengambil serbuk berwarna coklat dari jubahnya dan membuat Greem menelannya. Tidak lama kemudian, orang tegap itu pun bangun.

Langford kemudian keluarkan kotak kecil dan menyerahkannya kepada Leylin, "Ini sebagai ganti rugi. Lebih-lebih lagi, saya boleh memberi diskaun sebanyak 50% kepada awak!"

"..." Leylin agak terkejut, tetapi dia tetap membuat bayaran kepada lelaki tua itu dengan kristal ajaib. Leylin kemudian memberi sebuah kotak kepada Greem dan mengucap selamat tinggal sebelum mereka berangkat.

Ketika mereka masing-masing mengucapkan selamat tinggal, Langford tunduk sekali lagi, "Jika awak masih ingin berdagang dengan saya, tolong ingat, hanya apabila rambut saya melewati buku lali, saya dikira waras. Jika tidak, elaklah berjumpa dengan saya.

Leylin mengangguk kepalanya dan meninggalkan ngarai dengan Greem.

Pada mulanya, dia ingin berlegar-legar. Walau bagaimanapun, selepas kejadian ini, Leylin sudah hilang semangat sepenuhnya. Mana tahu, ada lagi orang gila di ngarai ini.

Perjalanan sebagai seorang Magus sangat berbahaya, setiap kegagalan dalam kemajuan - menerusi percubaan atau sebagai kesan sampingan radiasi sihir-boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada mereka yang terlibat, bahkan kadang-kadang boleh meragut nyawa..

Dengan penambahan umur yang berpanjangan dan kuasa yang besar, ciri-ciri Magus akan berubah dari semasa ke semasa di mana sesetengah daripada mereka mungkin akan mengalami masalah mental.

Leylin memikirkan mengenai Langford dan dua orang pembantu paderi tahap 3 yang telah memberi bantuan. Perasaan yang mereka berikan kepada Leylin adalah sama sekali berbeza dengan pembantu-pembantu paderi dari Bandar Malam yang Ekstrem.

Ia seperti satu kumpulan serigala menentang biri-biri.

"Penyihir jarang memilih untuk tinggal di sekitar manusia, dan mereka kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar.

Melihat kekuatan dua orang pembantu paderi tahap 3 hari ini membuat Leylin lebih bersemangat, "Apabila saya berjaya membancuh Posyen Azure, saya juga dapat maju ke tahap itu!"

...

Di makmal, di bawah cahaya yang terang, Leylin mengambil dan menatap tabung uji dari meja. Ia menggelegak secara berterusan dan buih biru terhasil bersama.

Dengan berhati-hati, dia mengoncang tabung uji mengikut irama yang misteri.

Buih-buih biru di dalam tabung uji terus menggelegak dan kemudian lenyap apabila ia mencapai puncak.

[Reaksi dalam posyen telah menjadi sangat stabil, dan dikatakan boleh melebihi julat keadaan dalam 3 minit 24 saat!] Cip A.I. telah nyatakan pemerhatiannya.

Selepas melapor keadaan ini, penentu masa di sudut bawah lapangan visual Leylin telah memulakan pengiraan detik pelancaran.

Apabila kiraan mencapai 0, Leylin segera menggunakan bahasa Byron purba dan menggumam sebuah jampian, "Ini lautan berwarna biru langit, ke mari! Bayi kecil saya!"

Tangannya yang lagi satu segera menggugurkan beberapa kristal biru ke dalam tiub ujian.

* Weng Weng! * Tabung uji mula bergetar.

Beberapa pancaran cahaya biru terang keluar dari mulut tabung uji dan berputar untuk seketika sebelum bertukar menjadi seekor ikan duyung yang berwarna biru cair.

Ikan-ikan duyung kecil ini mempunyai sekerat badan perempuan dan hanya bersaiz ibu jari Leylin. Pada dada mereka, 2 kepingan mantera tergantung manakala di bahagian bawah badan pula berbentuk ekor ikan. Pada masa ini, mereka sedang memegang tangan bersama, mengelilingi tabung uji, sambil menyanyi dan menari.

Mereka sedang menyanyi dengan suara-suara yang elegan dan lagi indah. Suara-suara itu bergema di bahagian tengah bilik Leylin. "Langkah terakhir! Menahan godaan suara duyung itu!" Muka Leylin bertambah ketat.

Khabar angin mengata yang suara nyanyian duyung bukan sahaja mempunyai tenaga godaan yang dahsyat, tetapi suara ini juga diguna oleh mereka untuk memerangkap pelayar di lautan. Ramai yang mengata duyung ini merupakan penyebab utama di sebalik penciptaan hantu kapal!

Kini, Leylin terdorong untuk membuang segala barangnya ke tepi, dan menyelam terus ke dalam laut.

"Ini hanya ilusi. Ia hanya mempunyai kekuatan sebanyak 10% berbanding ikan duyung yang sebenar. Sekiranya ini benar atau dijampi oleh ikan duyung Magi, apakah kesannya?" Leylin mengetap giginya dan melepas lapisan cahaya hitam kelabu dari tubuhnya yang sedang melencongkan suara-suara ini.

"Manse!" Selepas menunggu selama kira-kira 30 saat, Leylin tiba-tiba mengucap suatu perkataan.

* Chi Chi! * Jarum berwarna hitam muncul dan menusuk dada ikan-ikan duyung kecil itu.

Wajah ikan-ikan duyung itu jelas menunjuk penderitaan. Tiba-tiba, mereka berubah dan larut menjadi cecair biru, dan kembali ke tabung uji.

* Crash! Leylin mengoncang tabung uji dengan perlahan. Bunyi ombakan besar di lautan kedengaran dari tabung uji itu.

[Gubalan Poyen Langit Biru telah terbancuh dengan jayanya.] Cip A.I. menunjuk.

"Cip A.I., betapa kuat posyen ini berbanding formula asal?" Bertanya Leylin.

[Bip! Mengumpul wap-wap. Membuat analisa dan membanding data... Dianggar mempunyai 33% daripada kesan posyen asalnya.]

Walaupun anggaran terdahulu menunjuk 35.4%, terdapat perbezaan dari segi minit semasa bancuhan sebenar. Tambahan pula, ini kali pertama dia membuat eksperimen ini, jadi Leylin berasa puas hati dengan pencapaiannya sejauh ini.

"Sayang sekali yang penggunaan Daun Hove Violet untuk proses ini terlalu tinggi!" Leylin memandang sisa-sisa Daun Hove Violet di sisinya.

Hanya intipati dari bahagian tengah Daun Hove Violet berguna untuk pembancuhan posyen ini. Selain itu, dia perlu melaksanakan banyak langkah yang rumit untuk menghasil kadar penggunaan yang tinggi.

Dia membuat anggaran yang walaupun selepas Welker membeli semua posyen yang ada, Leylin hanya boleh membancuh posyen posyen ini untuk 30-40 kali lagi. "Sekarang, saya tertanya-tanya apa kesan posyen purba ini?"

Mata Leylin memandang dengan penuh harapan. Dia terus berjalan ke ruang kosong dan duduk bersila di atas lantai. Dia kemudian menuang Posyen Azure ke dalam mulutnya.

"Ini pahit sedikit, dan mempunyai bau seperti ikan." Otot-otot di muka Leylin menggereyet, "Cita rasa Magi purba memang betul-betul..." "Menurut pengiraan Cip A.I., meditasi merupakan pelengkap terbaik untuk posyen yang meningkat kekuatan rohani!"

Leylin memikirkannya sebelum masuk ke dalam mod meditasi sepenuhnya.

Kali ini, kesan meditasi sangat berbeza berbanding sebelumnya. Dia berasa seakan-akan dia berada di tengah-tengah lautan biru dan perairan laut biru di sekitar seolah-olah mencekiknya.

Dipandang dari luar, , otot-otot di muka Leylin yang tampan itu mula menggereyet dan butiran peluh menitis secara berterusan. Hampir dua jam kemudian, Leylin tiba-tiba membuka kedua-dua matanya.

"Phew! Perasaan daripada meditasi seperti ini seakan kurang selesa berbanding sebelumnya!" Leylin menggeleng. Meditasi seorang pembantu paderi, lebih kerap membuat mereka letih. Walau bagaimanapun, sekarang Leylin merasa sakit di seluruh tubuh badan, terutamanya otaknya. Malah dia juga agak pening.

"Cip A.I.. Paparkan status saya." Leylin memberi perintah.

Skrin biru muncul dengan segera di hadapan Leylin. Ia menunjuk aliran nombor.

[Kuasa rohani Tuan badan terkesan di mana ia sedang mengalami peningkatan secara mendadak!]

[Tuan badan berada di bawah pengaruh yang tidak bernama, kuasa rohani sedang meningkat sebanyak 0.01]

[Kuasa rohani sedang meningkat sebanyak 0.01]

[Keadaan bertakafur semakin mendalam. Kesan teroptimum. Kuasa rohani sedang meningkat sebanyak 0.03]

[Kuasa rohani telah mencapai julat keadaan, sedang meningkat sebanyak 0.05]

...

[Keadaan bertakafur telah tamat, Status-status Tuan badan sedang mengalami perubahan. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya tahan: 3.2, Kuasa rohani: 4.9, Kuasa sihir: 4.0. Status: Sihat]

Barisan data terpapar, dan pada akhirnya, Leylin mendapati yang kekuatan rohaninya telah meningkat sebanyak 0.2.

"Tubuh ini!" Mata Leylin melebar, "Tenaga rohani boleh mencapai tahap 0.7 sekaligus jikalau saya menggunakan bahan-bahan yang asli! Memang wajar untuk memanggilnya posyen kuno. Ia hasil yang sangat baik, terutamanya kepada Magi rasmi!"

"Cip A.I., berapa tempoh masa yang saya perlu untuk mencapai 7 kuasa rohani dengan kehadiran posyen yang lengkap dan mencukupi?" Leylin bertanya.

[Menambah kesan Posyen Biru Langit, membentuk simulasi, pemfaktoran prinsip toleransi, pengiraan sedang berjalan…]

Cip A.I. mula membuat kiraan. Puluhan detik kemudian, suara Cip A.I. kedengaran.

[Berdasarkan rintangan Tuan badan pada ciri-ciri perubatan, ia dapat membuat anggaran yang Tuan badan akan mencapai mata kuasa rohani selepas dua bulan yang akan datang!]

Keadaan yang sesuai untuk maju sebagai pembantu paderi tahap 3 perlukan penguasaan sekurang-kurangnya 2 model mantera, kekuatan rohani 7 dan penggunaan elixir reaktif.

Leylin telah mendapat model sihir dan elixir reaktif dari dahulu lagi. Kesulitan daya rohani menjadi penghalang utama kepada diri Leylin. "

Sayang sekali! Kadar kejayaan untuk membuat Posyen Azure mengerikan. Saya hanya akan berjaya dalam pembancuhannya dengan probabiliti satu daripada sepuluh percubaan!"

"Daun Hove Violet. Saya perlukan lebih banyak lagi daun-daun ini. Kalau tidak, saya perlu menganjur pesta perdagangan untuk mendapatkannya dari bandar-bandar lain." Leylin mengetap giginya. Matanya menggambarkan keinginan yang rakus.

"Tuan muda!" Ketika dia keluar dari makmal, Anna, yang sedang menunggu di luar, menyambutnya dengan segera.

"Sampaikan pesanan ini. Mulai sekarang, semua operasi di organisasi kita akan berhenti dan mula mengumpul semua sumber untuk pembelian Daun Hove Violet. Lebih-lebih lagi, Fraser kerana dia yang akan mengembara ke bandar-bandar berdekatan untuk memperolehnya!" Ekspresi Leylin agak muram.

"Ya!" Ini kali pertama Anna melihat perangai Leylin yang sebegini, jadi dia bergegas pulang.