Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 59 - Rakaman

Chapter 59 - Rakaman

Sudah tentu, pada dasarnya, Leylin terus berpura-pura seakan seorang yang tidak tahu apa-apa sambil bergaul mesra dengan golongan pembantu paderi ini.

Selepas majlis itu berakhir, pelbagai kereta kuda dari keluarga yang berbeza berlepas. Di dalam bilik rahsia istana tuan bandar, Si Viscount Jackson berbual dengan orang bawahannya.

"Sudah pastikah?"

"Saya mengesan bau Entiti Misteri pada badannya. Ia juga pasti yang dia masih lagi sangat muda!" Orang yang berkata demikian berjubah hitam; bulu kuning juga kelihatan di mukanya.

"Dia berbeza daripada pembantu-pembantu paderi yang tidak berakal itu. Dia pasti tidak akan bersara pada umur yang begitu muda. Tidak kira kalau dia sedang menyembunyi diri daripada musuhnya atau mempunyai tujuan yang lain, penampilan dia tidak memberi keselesaan untuk kita!" Ekspresi yang risau melayang lalu wajah Jackson.

"Maafkan saya kerana berterus-terang! Walaupun kita boleh menangani Entiti Misteri itu sekarang, kalau kita membuat mereka marah, maka pencapaian kita sehingga sekarang tidak dapat menanggung kerugian yang akan kita hadapi nanti!"

Lelaki Separuh-Binatang itu berkata dengan perlahan.

"Betul!" Jackson terdiam seketika sebelum memberi arahan, "Jangan buat pihak lain marah, tapi jangan biar dia terlepas daripada pengawasan kamu!"

"Saya faham!" Lelaki Separuh-Binatang itu lenyap ke dalam kegelapan...

Sejak jamuan itu, rancangan Leylin bergerak dengan pantas. Pertama, dia meminjam 4500 syiling emas daripada Murphy untuk membeli villa itu.

Selepas itu, melalui pencarian Si Tua Welker, Leylin memilih sebuah kedai ubatan yang hampir menghentikan operasi tapi mempunyai kedudukan geografi yang baik. Dia mengambil alih dan memperolehi permit kedai itu.

Dengan bantuan berterusan dari tuan bandar istana, kebanyakan prosedur telah selesai dalam tempoh yang pendek.

Sudah tentu, Leylin perasan beberapa pengintip yang berada di sekitar kedai ubat dan vilanya. Tapi, pihak yang berahsia mengekal batasan terhadap Leylin dan hanya membuat pengawasan yang asas, tidak mempengaruhi orang Leylin. Jadi, Leylin tidak peduli akan kehadiran mereka.

Melalui Murphy, dia dapat mengambil masuk beberapa ahli ubat. Sebaik sahaja syarat-syarat minimum untuk mengurus kedai ubat itu dipatuhi, dia kemudian menyerahkan operasi kedai itu kepada kakitangan utamanya dan menenggelam dirinya dalam eksperimen-eksperimen manteranya.

Selepas beberapa pengubahsuaian, villa Satria itu kelihatan lebih baru berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, Satria itu tinggal di dalam rumah tiga tingkat, berbata putih. Sekarang, Leylin memilih beberapa bilik luas untuk kegunaan khasnya.

Bilik terbesar menjadi bilik tidurnya sementara bilik di kedua-dua belahnya menjadi bilik pengajian dan makmal eksperimen. Selepas meletak beberapa sihir pengesanan yang dipelajari di Akademi Abyssal Bone Forest sebagai grid amaran awal, dia arahkan pengikutnya dengan tegas untuk tidak memasuki bilik-bilik ini tanpa arahan dia.

Greem dan Fraser pula tinggal berhampiran bilik tidur utama sebagai pengawal.

Fayern dan askar-askar upahan yang lain itu diberi tugas oleh Leylin untuk bergilir-gilir membuat kawalan di villa dan kedai ubat itu. Leylin juga mengeluar notis yang orang yang serius dan rajin boleh membeli sebahagian kecil daripada tanahnya 3 tahun kemudian, di mana orang atau keluarga yang berhak untuk memperoleh kediaman tetap. Ini menjadi dorongan yang besar kepada askar-askar upahan biasa dan petani-petani.

Kadangkala, Leylin melihat melalui tingkapnya dan ternampak beberapa askar upahan dan petani yang tekun bekerja.

Oleh kerana dia sentiasa berada di dalam villanya, selain daripada beberapa lawatan ke tempat Murphy, dia jarang melawat kedai ubatnya. Khabar angin yang namakan Leylin sebagai pemilik villa yang baik tapi malas tersebar.

"Tuan Muda! Pekerja dari kedai ubat sudahpun sampai!" Suara Anna kedengaran melalui pintunya.

"Biar mereka letak barangan itu di ruang tamu dan suruh Greem untuk mengalihnya ke makmal eksperimen!" Leylin mengguna jarinya untuk mengetuk tingkapnya yang mengeluar bunyi ketukan yang rendah.

"Arahan tuan ditaati!" Suara itu kemudian berganti dengan bunyi alihan barangan.

Beberapa minit kemudian, Leylin masuk ke dalam makmal eksperimennya.

Makmalnya yang luas pada asalnya kini penuh dengan kotak-kotak dan beberapa meja kayu panjang. Tiada sebuah tingkap pun di dalam bilik itu, dan sebuah candelier tergantung dari bumbung mengeluarkan cahaya malap.

"Tuan Muda! Mengikut arahan tuan, kedai ubat itu telah memperolehi semua jenis herba yang terdapat di pasaran."

Anna menunjukkan tanda hormat dan melangkah. Dia berpaling dan membuka kotak kayu merah yang penuh dengan akar-akar dan tangkai-tangkai dalam ikatan, serta herba-herba lain yang jumlahnya tidak terbilang. Pada setiap timbunan ini terdapat sekeping nota yang nyatakan nama-nama herba tersebut.

"Selain itu, ini formula-formula yang dimiliki oleh ahli ubat yang biasa. Ia hanya berguna untuk manusia biasa."

Anna menyerah kepingan nota kuning gelap kepadanya.

Mata Leylin mengimbas lalu nota-nota itu dan meletakkannya di atas salah satu meja panjang.

"Kamu semua boleh keluar! Anna, awak tinggal di sini!" Leylin melambai kepada Greem dan pembantunya.

Greem menunduk dan melangkah keluar melalui pintu besar sambil menutupnya.

Apabila pintu itu tertutup, pencahayaan di dalam makmal eksperimen menjadi lebih malap.

Leylin mengerut keningnya dan mengeluar sebiji batu berwarna putih dari begnya.

Dia kemudian menekan batu itu dengan jarinya secara lembut dan lapisan cahaya putih yang terang bersinar darinya.

Ini Batu Sunlight. Alat biasa yang diguna oleh ahli-ahli sihir ketika perjalanan mereka. Tenaga radiasi yang lemah terkandung dalamnya yang membolehkannya bersinar dengan terang untuk masa yang lama.

Tapi, radiasi ini amat kecil dan hanya berguna untuk pencahayaan.

"Ini lebih terang daripada dahulu!" Leylin berasa puas hati ketika melihat sekelilingnya. Dia kemudian berkata kepada Anna, "Simpan herba-herba itu dengan baik, dan susun mengikut jenis di atas meja eksperimen!"

"Baik." Anna bergegas dengan tugas dia.

Leylin mengutip sebiji buah berwarna ungu. Buah ini bersaiz ibu jari. Ia nampak berkedut kerana air di atas permukaannya telah hilang. Ia juga agak ringan.

"Berdasarkan buku-buku ubat yang diterima olehnya semalam, ini Buah Warter, sejenis buah yang tumbuh di kawasan paya."

Leylin meletak jarinya di atas permukaan buah itu, "Cip A.I.! Kutipkan data dan simpannya dalam bank data !"

Sekarang dia tidak lagi perlu memakan herba itu, dia boleh tentukan ciri-ciri ubatan mereka dengan sentuhan.

[Beep! Pengekstrakan data sedang dalam proses!]

Di dalam penglihatan Leylin, Cip A.I. menunjuk skrin biru muda, dengan banyak angka-angka yang bertukar dengan berterusan.

[Nama: Buah Warter. Kawasan penumbuhan: Paya. Kegunaan: Sifat beracun sederhana dengan kesan kebas. Data disimpankan!]

Suara Cip A.I. terdengar dalam masa yang amat pantas.

"Sungguh baik. Sekali lagi!" Leylin mengutip tangkai kering yang lain.

Ini salah satu sebab Leylin ingin membuka sebuah kedai ubat. Melalui tahun-tahun sebagai perantis Kroft, dia telah merakamkan hampir kesemua herba yang diguna oleh Profesor Posyen, sambil menyimpannya dalam bank data Cip A.I.

Tapi, itu bahan-bahan istimewa yang diguna oleh Magi. Bagi herba-herba yang digunakan oleh manusia biasa, Cip A.I. tidak mempunyai sebarang maklumat. Dia kini terpaksa mengisi maklumat-maklumat yang kosong.

Lebih-lebih lagi, Leylin mempunyai dua formula posyen kuno daripada mentornya dan ingin mencari gantian untuk mereka. Ini hanya boleh dicapai melalui berbilang eksperimen dan penggunaan banyak herba-herba yang berharga. Walaupun Leylin mempunyai Cip A.I. itu, dia tidak boleh melepasi langkah ini.

Dengan tugas yang begitu luas, Leylin tidak dapat melihat pengakhiran tugas ini walaupun mengguna habis kristal ajaibnya.

Tetapi, kalau bahan-bahan ini boleh diganti dengan herba-herba yang diguna oleh manusia biasa, dia boleh mengaut keuntungan yang banyak.

"Walaupun ini hanya angan-angan saya, kelebihannya untuk berjimat boleh dijamin sekiranya penggantiannya berjaya ditemui oleh saya.Tidak kira berapa eksperimen, ia masih pertukaran yang baik. Oleh itu, dengan mengguna keupayaan Cip A.I. yang tinggi ini, terdapatnya harapan.

Pandangan Leylin penuh keazaman, "Bagaimanapun, bahan-bahan yang diguna oleh saya sekarang hanya bahan-bahan yang diguna oleh manusia biasa. Saya hanya perlu mengguna beberapa syiling emas untuk membeli bahan ini. Ini lebih baik daripada membazirkan kristal ajaib!"

Penyiasatan yang diterima olehnya sudah lama tidak diendahkan.

Lagipun, terdapat masa lagi 2 tahun dan sekiranya dia berjaya menyelesaikan misi itu dalam tempoh 2 tahun ini, ia merupakan suatu kejayaan.

Walaupun sekiranya misi itu gagal, kerana Kroft merupakan guru dia, hukuman yang paling parah mungkin berjumlah beberapa kristal ajaib, Oleh itu, Leylin tidak berasa bimbang sedikit pun.

Masa berlalu dengan perlahan, dan makmal eksperimen menjadi sunyi. Hanya bunyi geseran ketika Anna meletak herba-herba di atas meja dapat kedengaran.

Dua hari kemudian, hanya tinggal Leylin di dalam makmal itu. Mukanya berkilau dengan gembira.

[3217 jenis herba berjaya dsimpankan dalam pangkalan data. Adakah anda ingin mencipta folder berasingan?]

Suara Cip A.I. berbunyi.

"Tidak! Gabungkan dengan bahan-bahan biasa yang dirakam oleh kita tadi, dan buka sebuah folder bertajuk "Ringkasan bahan-bahan biasa!" Leylin mengarah.

[Folder diciptakan… memindah model simulasi yang berkaitan ke dalam pangkalan data]

"Baik, seterusnya untuk analisis gabungan pelbagai sifat-sifat ubatan. Ini projek yang besar, biarpun dengan simulasi, saya mesti jalankan eksperimen untuk mengesah data yang sebenar dan tingkatkan kadar kejayaan hasil yang diinginkan.

Leylin berfikir.

"Tuan Muda, masa untuk makan malam." Suara Anna kedengaran melalui pintu.

"Baik, saya akan datang." Apabila masa untuk bekerja, dia kerja, dan apabila masa untuk berehat, dia rehat. Ini prinsip kehidupannya. Dia jarang abaikan makanan dan rehat untuk membuat lebih banyak eksperimen, tidak seperti ahli sihir yang lain.

Bagi dia, sambil mengejar kebenaran, rehat yang munasabah merupakan perkara yang penting.

Leylin tersenyum dan mengemas meja eksperimen sebelum meninggalkan makmal itu.

"Apabila saya jalankan eksperimen yang penting, saya akan menggantung notis pada pintu. Pada masa itu, jangan ganggu saya tidak kira berapa hari yang saya berada di dalam sana. Adakah kamu faham?" Leylin berkata kepada Anna yang berkhidmat untuknya.

"Saya akan mengikut arahan, Tuan Muda."

"Dan apa makanan malam ini?" Leylin berjalan menuju ke salah satu biliknya. Walaupun kebanyakan tuan amalkan tabiat untuk makan bersama pengikut mereka, ia tidak sesuai dengan adat istiadat Magi ini. Jadi Leylin biasa makan seorang diri.

Beberapa pinggan diisi makanan yang ditutup dengan dulang tersusun rapi di atas meja bulat putih yang kecil.

"Daging anak lembu dengan sup sayuran ungu dan pai epal strawberi!" Anna berkata dengan lembut sambil mengangkat dulang penutup. Bau aroma yang wangi meliputi bilik makan itu.

"Baik sekali!" Leylin mengangguk kepalanya dan membenarkan Anna menggantung sekeping lampin di lehernya. Dia mengangkat pisau dan garpu dan mula bermakan.

"Selain itu, tolong ingatkan saya untuk menghabiskan sejam daripada hari saya bagi latihan Satria!"

Leylin berkata kepada Anna, apabila teringat sesuatu dengan tiba-tiba. Dia telahpun menyalakan tenaga jiwa dalamannya. Sebagai seorang Satria, dia hanya perlu berlatih untuk mendapat beberapa statistiknya di atas 3. Walaupun Leylin merancang untuk menjadi seorang Magus, dia tidak rugi jika statistiknya meningkat.