"Mmm!"
Magus Radiant Moon itu mengangguk dan dia tiba-tiba terasa banyak yang meragukan. "Betul! Walaupun budak sial itu mempunyai kekuatan melampau yang tidak dapat dijelaskan, kekangan keturunan darah sudah mencukupi untuk membantutkan pertumbuhannya. Warlock Kemoyin paling tinggi pun boleh mencapai puncak pangkat 4, selepas itu dah tidak ada ruang untuk terus maju..."
"Keke... awak betul. Siapa yang peduli tentang budak sial yang terbatas kepada pangkat Morning Star?"
Suara misteri itu tiba-tiba berubah menjadi suara seorang wanita, sopan dan lembut. "Musuh sebenar awak adalah..."
"Diam!" Magus Radiant Moon yang asalnya duduk diam tiba-tiba berdiri, kelihatan sinis, "Tutup mulut awak! Tidakkah awak tahu sebaik awak menyebut namanya, walaupun dengan tidak sengaia, dia akan dapat mengesannya? Kuasa seorang Raja bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah oleh seorang yang mempunyai status rendah seperti awak."