Leylin tidak rasa ganjil sedikit pun. Suasana di akademi ini nampak sangat berbeza apabila ada peperangan besar bakal berlaku. Selain itu, banyak Magus berbakat yang telah menghilangkan diri pasti akan menarik perhatian orang lain juga.
Lebih-lebih lagi, akademi ini seperti tidak berhasrat untuk menyembunyikan berita sebegini. Tambahan pula, mereka masih bergantung kepada Magi rasmi untuk pertempuran yang seterusnya, manakala pembantu-pembantu paderi pula tidak dapat membantu.
Mereka yang mempunyai bakat dan tahap yang rendah sahaja yang tinggal, dan akan menjadi korban ketika peperangan nanti.
"Mentor Harosi sudah membersihkan Beastmen dan juga mahkluk-mahkluk lain yang akan timbulkan masalah di persekitaran kawasan akademi. Mereka telah berubah menjadi tulang akibat sihir, terutamanya Beastmen, manakala jiwa mereka terperangkap dalam badan mereka sendiri untuk menderita selama-lamanya…"
Leylin mengangguk kepalanya. Ia seolah-olah persekitaran akademi berasa selamat buat masa ini.
"Bagaimana pula Magus berbakat yang lain?"
"Sangat bermasalah! Berdasarkan berita-berita yang dikumpul oleh kakak-kakak saya, ramai pembantu paderi yang berbakat tinggi, termasuk Chester dan Sherpa, telah meninggalkan akademi dengan pelbagai alasan. Saya takut berita ini akan tersebar tidak lama lagi… Apa yang telah kamu temui?"
"Senior saya, Merlin, juga telah meninggalkan akademi ini beberapa bulan yang lepas! Saya juga akan menerima misi dan bertolak secepat mungkin!"
Leylin berterus-terang tentang berita yang diperolehi, dan ini membuat muka Neela bertukar pucat.
"Bagaimana dengan awak? Apakah rancangan awak?" Leylin akhirnya bertanya.
"Saya merancang untuk pulang ke pangkuan keluarga saya. Awak tahu, walaupun keluarga Welter saya tidak terkenal, kami masih lagi dapat mempertahankan diri sendiri. Awak tidak mahu ikut saya?" Neela dengan jelas ingin Leylin untuk mengikut keluarganya.
"Tidak mengapa! Saya ada rancangan lain!" Leylin tersenyum, menolak tawaran dia. Dia akan diikat oleh pelbagai perjanjian dan sekatan kalau dia menyertai sebuah keluarga. Tetapi, dia mempunyai banyak rahsia dan tidak sesuai untuk menyertai sebuah kumpulan.
Kilauan di mata Neela menjadi malap. Leylin tahu hubungan antara mereka akan berakhir. Lebih-lebih lagi, mereka sudah menikmati diri masing-masing, tetapi menngikut haluan masing-masing sekarang, dalam masa yang tegang ini, ia adalah sangat biasa.
"Ada sesuatu yang saya ingin minta pertolongan awak!" Leylin keluarkan sebuah kotak berwarna hitam dan meletakkannya di atas meja makan.
"Apa ini?" Neela senyum terpaksa.
Dia membuka kotak hitam itu. Di dalamnya, terdapat banyak tabung uji yang mengandungi posyen tersusun dengan elok, dan mata Neela terpesona.
"Ini…" Mata Neela memukau kelihatan terkejut.
"Ini posyen-posyen yang telah saya kumpulkan sampai sekarang. Tolong saya untuk jual semua ini!" Walaupun dia hanya berharap, wajah Leylin kekal tenang.
Ini hanya sebahagian daripada posyen yang dibancuh oleh Leylin secara sulit. Dia telah mengumpul posyen sebanyak ini selama setahun; posyen-posyen ini bernilai lebih kurang beberapa ratus kristal ajaib.
Memberi Neela menjual posyen ini akan memberi manfaat kepada Leylin supaya tidak menarik perhatian orang ramai. Selain itu, dia dapat memberi pampasan kepada Neela pada waktu yang sama.
Lagipun, dia masih mempunyai sifat kelelakiannya dalam hati. Memutuskan hubungan dengan Neela memerlukan dirinya sekurang-kurangnya memberi sejenis pampasan, dan memberi peluang kepada Neela untuk berkongsi keuntungan itu sebagai orang tengah.
"Tiada masalah! Sekarang, nilai pelbagai jenis bahan dan model sihir telah turun secara mendadak, sementara harga posyen dan artifak ajaib gred-rendah telah meningkat dengan melampau." Mata Neela berkilau.
Ini kejadian yang biasa. Model sihir dan bahan-bahan lain pasti akan turun harga apabila peperangan bakal meletus, kerana tidak berguna untuk peningkatan kekuatan seseorang secara serta-merta. Bagi barangan lain yang boleh berbuat demikian, akan mempunyai permintaan yang tinggi.
"Selepas menjual posyen-posyen ini, bagi saya hanya 300 kristal ajaib!" Leylin menghirup koko panas yang ada di atas meja itu.
Ekspresi Neela kelihatan rumit, "Sudah pasti. Lebih-lebih lagi, keluarga saya boleh beli kesemua ini! Kamu ada lagi posyen-posyen lebih? Saya boleh beritahu keluarga saya dan memberi kamu perjanjian yang adil…"
"Ini adalah semua posyen yang saya telah kumpulkan sejak setahun yang lalu! Kamu patut tahu saya hanya bergantung dengan penjualan posyen-posyen untuk memperoleh sumber pendapatan. Kalau bukan kerana pasaran yang begitu laku sekarang, saya tidak akan lepaskan sama sekali seperti yang saya sedang buat sekarang!" Ekspresi Leylin seolah-olah sangat jujur.
"Baik! Saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu awak!" Neela faham perassan Leylin. Padanya, Leylin membancuh posyen-posyen ini tanpa henti dan mempunyai koleksi yang sangat terhad.
Selepas berbincang kebimbangan masing-masing, makanan yang terhidang itu tidak menarik selera.
Selepas makan, Neela mengucap selamat tinggal kepada Leylin dengan tergesa-gesa. Leylin juga telah memberi arahan kepada beberapa orang untuk memberitahu rakan-rakan baiknya. Dia tidak menyebut sebarang butiran dan hanya memberi mereka petunjuk yang tidak nyata. Sama ada mereka faham petunjuk itu atau tidak, ia bergantung kepada mereka.
Neela bertindak dengan pantas, dan memberi Leylin satu kantung kristal ajaib pada hari yang berikutnya.
Selepas berfikir seketika, Leylin membuat keputusan untuk menggunakan kristal-kristal ajaib ini sementara dia masih berada di akademi. Lagipun, dia mungkin tidak akan jumpa sebuah gudang perdagangan di luar, dan kalau dia jumpa gudang sekalipun, sumber-sumber yang ada pastinya tidak lengkap seperti yang ada di dalam akademi.
Pemergian ini mungkin untuk masa yang lama. Leylin membuat persediaan untuk berlepas. Dia bersedia untuk membeli bahan-bahan untuk pembancuhan eliksir-eliksir reaktif dan model-model sihir yang sedia ada. Untuk ilmu pengetahuan pembantu paderi tahap 3, ia telah disimpan di dalam Cip A.I. sejak dahulu lagi.
Walau bagaimanapun, ilmu pengetahuan yang diberi oleh profesor-profesor berakhir di sana. Untuk kemajuan menjadi seorang Magus rasmi dan maklumat asas seorang Magus tahap 1, pengetahuan itu dijaga oleh pihak akademi dengan ketat. Hanya pembantu paderi tahap 3 yang mempunyai perjanjian dengan pihak akademi yang boleh mengaksesnya.
Leylin menuju ke kedai model sihir dahulu.
"Awak nak apa?" Perangai wanita tua di belakang kaunter itu sangat biadab sekarang. Tetapi, mood baik Leylin tidak terjejas olehnya. Dia memang tahu pembantu-pembantu paderi tahap 3 yang telah gagal menjadi Magus rasmi dan telah membuat perjanjian dengan akademi untuk kekal di sini dan memberi perkhidmatan asas. Oleh kerana ini merupakan batasan-batasan perjanjian, mereka tidak boleh melarikan diri mereka. Dengan pertempuran dan kebinasaan lingkungan yang bakal berlaku, ia agak pelik kalau mereka mempunyai perangai yang baik!
"Selain daripada Tangan Umbra, saya mahu semua model sihir asas yang berunsur Bayangan dan Kegelapan!" Leylin berasa megah.
Wanita tua di belakang kaunter itu memandang Leylin dengan terkejut, Lagipun, kekayaan seorang pembantu paderi tahap 2 sebegini jarang dijumpai.
"Ada 13 di sana, harganya 130 kristal ajaib."
"Saya juga mahu model sihir Penjelmaan Asas!"
"Itu berharga 140 kristal ajaib." Suara wanita tua itu kedengaran dari belakang kaunter.
Leylin mengangguk kepalanya dan menuang keluar satu beg kristal ajaib di atas kaunter. Wanita itu mengira kristal-kristal ajaib itu dan menyimpannya, dan kemudian membawa 14 buku sihir untuk Leylin. Setiap satu seberat batu, dan bertimbun setinggi Leylin.
"Nampaknya, aku harus beli beberapa kuda juga!"
Leylin mengupah beberapa pembantu dan mengarah mereka untuk membawa buku-buku model sihir itu pulang ke biliknya, dan dia kemudian pulang ke kawasan perdagangan.
Pada waktu ini, kawasan perdagangan itu penuh dengan orang ramai.
Jumlah pembantu-pembantu paderi yang datang ke sini telah meningkat. Banyak barangan premium telah diletak oleh pedagang untuk jualan, yang telah menarik perhatian beberapa pembantu paderi.
"Nampaknya pembantu-pembantu paderi di sini pun perasan." Leylin berfikir.
Ia sama seperti situasi di hutan, di mana sebilangan haiwan akan rasa terancam dan pergi sebelum bencana besar timpa, tetapi haiwan lain pula secara semula jadi akan terikut sama walaupun mereka tidak terasa magnitud ancaman sebegitu.
"Tetapi, masih tiada artifak ajaib di sini." Leylin berasa kecewa. Dia teringin untuk membeli sebuah artifak ajaib, tetapi mereka terlalu istimewa. Lebih-lebih lagi, harganya teramat tinggi, dan hanya dimiliki oleh seorang Magus setiap kali ia muncul. Kadang kala, Magi berasa kecewa dengan artifak ajaib itu, dan pembantu-pembantu paderi tahap 3 akan mengambil kesempatan untuk mengambilnya. Leylin tidak mempunyai sebarang peluang sehingga sekarang.
"Ciptaan artifak ajaib perlukan alkimia dan kepesonaan, dan ia subjek yang sangat rumit. Sekarang pun aku tidak mempunyai masa untuk menumpu perhatian yang sepenuhnya dalam pengajian Posyen!"
Leylin ketawa pahit, Cip A.I. juga mempunyai had pemprosesannya. Berdasarkan pengalaman Leylin yang lalu, hanya apabila jiwa dia maju secara berterusan, tahap Cip A.I. juga meningkat.
"Apabila aku menjadi seorang pembantu paderi tahap 3, kalau aku tidak mempunyai cara lain, aku akan belajar kepesonaan dan cuba mencipta artifak ajaib aku sendiri!"
Gerai-gerai ini tidak mempunyai artifak ajaib yang menarik perhatian Leylin.
Walau bagaimanapun, terdapat kejadian-kejadian yang ganjil berlaku di sini. Contohnya, gerai-gerai yang menjual posyen, busur, anak panah, dan perisai kulit penuh dengan orang ramai. Tetapi bagi gerai-gerai yang menjual bahan-bahan, mereka jarang mempunyai pelanggan.
Dia menuju ke gerai Woox yang dia kenal rapat.
Sekarang, ia penuh dengan pembantu-pembantu paderi dan mereka membeli pelbagai posyen secara terang-terangan.
Woox sangat sibuk, dan telah mengupah beberapa pembantu paderi untuk membantunya. Keadaan sebegini jarang berlaku pada masa dahulu.
Leylin melihat sekeliling. Posyen-posyen yang ada di atas rak terjual dengan cepat, dan banyak rak yang kosong berlabel habis.
Mata Woox berkilau ketika ternampak Leylin. Dia memanggil seorang pembantu paderi untuk mengisi tempatnya, dan menjemput Leylin dengan sendiri.
"Hai! Kesayangan saya Leylin, saya terdengar nyanyian seekor burung hari ini, dan saya tahu yang kamu akan datang membawa khabar yang baik. Jadi? Berapa banyak posyen? Saya akan bagi harga sebanyak 10% lebih daripada biasa!" Woox salam Leylin dengan hormat dan memandang Leylin seolah-olah dia sebiiji kristal ajaib.
"Maafkan saya." Leylin melambai tangannya, "Saya sibuk dengan misi, jadi saya tidak sempat membancuh posyen kebelakangan ini!"
"Ini khabar yang tragik!" Woox mengeluh, "Kamu tidak tahu betapa baik perniagaan pasaran pada masa ini!"
"Baik! Baik! Saya datang untuk membeli bahan-bahan." Leylin berkata dan memberi sekeping senarai kepada Woox.
Selepas Woox menerima dan melihat senarai itu, muka dia bertukar dan beberapa titik peluh sekecil kacang mula menitik.
"Banyaknya bahan mentah! Biar saya tengok, Kristal Putih, Akar Pokok Menjalar Lobak Ungu, kuku Hantu Toyol, adakah kamu ingin cuba membancuh Eliksir Reaktif?" Si gemuk itu bertanya dengan terus-terang.
"Ya! Betul! Saya sedang membuat persediaan untuk kemajuan saya. Kalau kamu mempunyai bekalan eliksir reaktif yang sedia ada sekarang, saya akan beli kesemuanya daripada kamu. Kamu boleh tetapkan harganya!"
Leylin berkata dengan bersahaja, formula-formula untuk eliksir reaktif ada di dalam perpustakaan dan banyak orang pernah melihatnya. Si gemuk itu dapat mengenal pasti bahan-bahan itu dengan sekelip mata bukan sesuatu yang mengagumkan.
Di bawah bahan-bahan eliksir reaktif, Leylin telah senaraikan bahan-bahan untuk Posyen Azure dan Air Mata Mary. Untuk beberapa bahan-bahan yang penting, mereka sudahpun pupus dalam dunia Magus sejak beberapa ratus tahun yang lalu, jadi Leylin tidak menulis bahan-bahan itu dalam senarainya.
"Bancuhan eliksir reaktif sangat rumit dan mempunyai kadar kejayaan yang amat rendah.Permintaannya tinggi, dan selalu habis stok. Bagaimana ia mungkin untuk saya masih mempunyai bekalan?" Woox menggeleng kepalanya.
"Sekurang-kurangnya, Pakar Posyen seperti kamu sangat bagus, kerana kamu boleh membancuh posyen yang kamu mahu dengan sendiri. Saya masih ingat apabila saya seorang pembantu paderi tahap 2, saya lakukan banyak jenayah untuk sebotol eliksir reaktif!"