Leylin membincangkan soal ini. "Tetapi untuk melakukan itu, awak perlu menggunakan pihak atasan!"
Jika kesemua persatuan bergabung, mereka boleh menghentikan para pemberontak yang bertaburan itu tetapi sebahagian daripada pasukan mereka sudah terikat dengan pertempuran lain. Dengan daerah utara yang telah ditawan dan kekacauan yang tertumpu di daerah tengah, kosnya melebihi manfaat yang ada.
"Jadi, apa yang awak cadangkan?" Logan seolah-olah dapat menangkap makna yang tersembunyi dalam kata-kata Leylin.
"Pemberontak-pemberontak yang diketuai oleh Longbottom itu pasti perlu ditindas dan dihapuskan tetapi saya percaya kita boleh cuba menenangkan Magi mengembara."
Leylin mengusap dagunya.
"Bagaimana? Zon Twilight mempunyai jumlah sumber yang terhad. Tak kan awak dan Persekutuan Nature akan mengggunakan wang sendiri?" Logan berasa sedikit menjengkelkan.