Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 14 - Ujian Bakat

Chapter 14 - Ujian Bakat

Leylin mengikut arahan perempuan sihir itu dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas bola kristal tersebut.

Sangat sejuk! Getaran!

Satu sentuhan pelik menjalar di hujung jari-jemarinya.

Kepala Leylin sakit seperti terdapat satu rod kaca bergerak-gerak di dalamnya.

Sebaik sahaja kepalanya mula sakit, bola kristal di hadapan Leylin memancarkan satu cahaya yang samar-samar.

"Sangat bagus! Jangan lepaskan tangan awak!" Perempuan sihir itu merenung bola kristal itu dengan penuh teliti.

Semakin bertambah kesakitan, semakin bertambah cerah bola kristal yang berada di tangan Leylin, "Tak nak! Tak nak lagi!"

Leylin mengetap giginya dan kesakitan bagai otaknya dibelah dua itu menyebabkan genggamannya terlepas.

"Baiklah! Awak dah capai tahap ini?" Perempuan sihir itu mengangguk kepalanya. Dia mengeluarkan sebatang pen bulu angsa dan menulis sesuatu pada borang Leylin.

"Kami telah mengklasifikasikan bakat para pembantu paderi kepada lima kelas, di mana kelas pertama sebagai paling teruk dan kelas kelima sebagai paling bagus. Kamu berada di kelas ketiga iaitu kelas pertengahan!"

Perempuan sihir itu berkata sambil menggunakan cincinnya dan membuat tanda pelik pada permukaan kulit domba itu, di mana cahaya bersinar dengan terang-benderang.

"Pemeriksaan saya selesai di sini, awak boleh pergi ke belakang saya! Seterusnya!"

Melihat seorang perempuan muda yang berjeragat masuk ke dalam khemah itu, Leylin mengambil kertas kulit domba tersebut, bangun dan mengucapkan ucapan terima kasih. Dia kemudian mengangkat tirai khemah dan menuju ke barisan prosedur yang seterusnya. 

Kawasan itu masih luas seperti yang sebelumnya dan di tengah-tengahnya terdapat seorang lelaki tua berjanggut putih.

"Berdasarkan susunan atur khemah ini, nampaknya hanya ada dua ujian sahaja. Nampak macam senang!" Fikir Leylin sambil duduk di hadapan lelaki tua itu dan memberi borang kepadanya.

"Kelas ketiga? Boleh tahan!" Lelaki berjanggut putih itu mengusap dagunya dan berkata, "Baiklah! Mari kita mula menguji pertalian elemen!"

Lelaki tua itu mengetuk permukaan meja di mana meja itu berbuka dan sebuah besen hitam keluar daripada bahagian tengah meja tersebut.

Besen air ini tidak licin. Ia kelihatan seakan diperbuat daripada batu dan terdapat satu jenis cecair logam mengalir di dalamnya yang menyerupai merkuri.

"Lihat dengan teliti ke dalam air ini!" Lelaki tua itu bersuara tegas.

Leylin tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menumpukan perhatiannya ke bahagian tengah besen air tersebut. Dengan tumpuan yang berterusan, merkuri di tengah-tengah itu berpusar tanpa henti dan bertukar menjadi lubuk pusar bagai mulut yang terbuka di dasarnya.

"Sekarang, beritahu saya, apa yang awak nampak?"

Mata Leylin kelihatan berkilauan sedikit, "Bayang-bayang dan lubuk pusar berwarna hitam! Dan tompok-tompok merah berdekatan lilitan luar!"

"Apa lagi?"

"Terdapat juga bintik-bintik cahaya hijau di sekelilingnya!"

"Banyak ke warna hijau itu?"

"Tak juga! Hanya sedikit!"

"Okay!" Lelaki tua itu memetik jarinya dan Leylin serta-merta sedar kembali. 'Apa yang berlaku kepada aku tadi!'

"Ujian awak telah selesai! Berdasarkan aspek pertalian elemen, awak mempunyai pertalian paling tinggi dengan elemen Kegelapan dan Bayangan, selepas itu elemen Api dan juga sedikit pertalian dengan elemen Tumbuhan!"

Sambil bersuara, orang tua itu dengan cepat mengisi borang itu dan menurunkan cap jarinya.

"Saya bagi awak satu nasihat! Magi boleh menggunakan pelbagai jenis tenaga! Tetapi dengan mengikut haluan pertalian paling tinggi yang kamu ada, kamu akan maju lebih jauh!"

Lelaki tua itu menyerahkan borang tersebut kepada Leylin, "Baiklah! Ujian awak telah tamat. Sila keluar ke pintu belakang dan mula memilih akademi awak!"

Leylin membongkok sedikit sebagai tanda hormat dan meninggalkan khemah tersebut.

Sebaik sahaja dia mengangkat kanopi di belakangnya, cahaya matahari bersinaran.

'Cip A.I., hasilkan semula keadaan yang aku lalui sebentar tadi!'

[... Satu gangguan yang tidak diketahui menyebabkan tuan badan memasuki keadaan hipnosis!]

"Aku dah agak!" Muka Leylin bertambah suram dan dia mengeluh dengan pasrah, "Nasib baik, pihak tadi tidak mempunyai sebarang niat jahat, jika tidak..."

Jauh di sudut hatinya, keinginannya untuk mendapat kuasa lebih kuat daripada biasa.

"Hey! Leylin!" Suara George kedengaran, "Awak juga dah selesai ujian bakat?"

Suara George semakin menghampiri.

"Saya pun dah selesai, hehe! Saya, tuan muda, seorang genius di bakat kelas keempat!" George ketawa dengan kuat, sambil menunjukkan wajah yang amat bangga!

"Saya kurang faham mengenai pengagihan kelas pembantu paderi itu, boleh awak terangkan dengan lebih lanjut?" Leylin bertanya.

Keluarga George lebih bagus berbanding keluarga Viscount Farlier dan dia lebih mengetahui pelbagai rahsia berkenaan Magi.

"Boleh! Ini semua pengetahuan am. Tak kira akademi mana yang awak pergi, akan ada orang yang beritahu awak," kata George.

"Bakat para pembantu paderi ini ditentukan berdasarkan kebarangkalian mereka untuk kenaikan pangkat menjadi Magus yang benar dan mereka dikategorikan kepada lima kelas! Dan kelas kelima adalah paling tinggi, dengan peluang 90 peratus menjadi Magus!"

"Kelas keempat agak rendah sedikit, tetapi mempunyai lebih kurang 50 peratus kebarangkalian! Saya, tuan muda, ialah genius tahap itu! Haha….. Ayah saya pasti gembira!" George menyimpang, ternyata sangat teruja.

"Dan yang lain-lain? Cepat beritahu saya!" Leylin menumbuk bahu George dan George menerangkannya semula.

"Oh? Tadi saya terangkan sampai kelas keempat sahaja, kan. Yang seterusnya ialah kelas ketiga, lebih kurang 10 peratus kebarangkalian menjadi seorang Magus. Manakala kelas kedua hanya sebanyak 2 hingga 3 peratus kebarangkalian dan kelas pertama paling teruk, hanya 1 peratus atau mungkin hanya 0.1 peratus kebarangkalian.

"Bagaimanapun, masih ada peluang untuk kelas ketiga dan ke atas. Manakala untuk kelas pertama dan kedua pula, mereka hanya dapat menjadi pembantu paderi seumur hidup!"

'Kalau begitu, nampaknya kelas saya adalah kelas pertengahan. Tiada akademi yang akan menolak saya, namun tidak akan pandang saya sebagai orang penting!' Leylin menganalisa situasinya sekarang.

"Bagaimana dengan pertalian elemen pula?" Leylin meneruskan pertanyaannya.

"Pertalian elemen ialah haluan masa hadapan seorang Magus, seperti yang awak tahu, terdapat beberapa Magi yang boleh memanipulasi kilat, ada yang boleh memanipulasi api dan ada yang boleh memanipulasi ais! Terdapat banyak haluan yang boleh dipilih."

"Walaupun Magus boleh menggunakan pelbagai elemen sihir, secara teorinya, elemen yang mempunyai pertalian tertinggi bukan sahaja mempunyai kelajuan membentuk yang lebih pantas tetapi juga mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Jika Magus elemen Api menggunakan sihir berunsurkan air, bukan sahaja banyak tenaga rohani yang digunakan, sebaliknya kekuatan sihir itu juga turut bertambah lemah.

"Secara amnya, pertalian elemen ini akan menentukan haluan seorang Magus dan bakat ini akan menentukan betapa jauhnya seorang Magus boleh teruskan dengan haluan itu!"

George membuat kesimpulan.

"Ayat terakhir itu sangat bermakna, namun saya tak rasa itu ayat awak!" Leylin mengulangi ayat terakhir itu.

"He He! Awak tahu. Itulah kata-kata seorang Magus yang mengembara! Saya nampak mereka di bilik membaca ayah saya," kata George dengan malu sambil menggaru kepalanya.

"Patutlah! Akhirnya saya dah tahu kenapa para Satria berjubah hitam sangat dingin kepada kita!"

George teringat sesuatu dan tidak sabar untuk berkongsi berita tersebut.

"Kekuatan seorang Magus, walaupun dia hanya seorang pembantu paderi, bukanlah sesuatu yang seorang Satria boleh tentang. Jadi kenapa individu berjubah hitam itu kelihatan sedikit pelik semasa dalam perjalanan?"

"Mesti ada sesuatu yang pelik berlaku!" Leylin mengangguk dan meneka, "Mungkinkah mereka ada latar belakang yang tertentu?"

"Tidak! Tidak! Tidak!" George menggelengkan kepalanya, "Wahai saudara saya, tekaan awak sangat jauh. Para Satria berjubah hitam itu sebenarnya salah satu eksperimen seorang Magus!"

"Satu eksperimen!" Mata Leylin terbuka luas. Di dunianya sebelum ini, membuat eksperimen secara langsung ialah satu pantang larang dalam sains dan jika ada yang dijalankan, mereka akan dilakukan secara rahsia. Tetapi di sini, mereka melakukannya secara terbuka.

"Sebagai proses eksperimen itu, kumpulan sampel eksperimen ini telah terdedah dengan radiasi yang berlebihan dan hanya mampu hidup beberapa tahun saja. Sebab itu mereka digunakan secara pakai buang, untuk mengiring pembantu-pembantu paderi seperti kita!"

"Ini sebabnya?" Leylin teringat muka pucat Angelo dan mengangguk kepalanya dengan senyap.

Sebelum ini, Cip A.I. telah mengimbas dan terdapat banyak kesan radiasi, tetapi radiasi yang ditemui pada Magi berjubah putih adalah seratus kali ganda lebih padat, jadi Leylin ingatkan benda ini adalah normal dan tidak mempunyai sebarang efek.

"Kepada kita Magi, sekurang-kurangnya kita ialah pembantu paderi; manakala Satria ini tidak akan menundukkan diri mereka dan mengharapkan kita memilih mereka untuk berkhidmat kepada kita di masa hadapan nanti. Mereka yang tidak pandang kita dengan serius ialah mereka yang tidak akan hidup lagi selepas beberapa hari!"

George berkata dengan penuh sesal. Wajahnya dipenuhi perasaan yang sangat marah, nampaknya sebagai pewaris keluarga ahli bangsawan yang besar, dia tidak setuju dengan kelakuan kasar individu-individu berjubah hitam sebelumnya.

"Saya dengar yang kumpulan dari barat, bukan sahaja mereka dilayan seperti tuan-tuan muda oleh para Satria mereka sepanjang perjalanan, malah ada yang meniduri beberapa Satria itu!" Tidak puas hati George hanya sementara, sebelum wajahnya bertukar gatal.

"Meniduri mereka?" Leylin kelihatan lebih fokus, "Ada Satria perempuan?"

"Mestilah, walaupun Satria perempuan ini agak berotot, ada di antara mereka yang mengamalkan teknik-teknik yang unik supaya mereka kelihatan cantik dan mantap!"

"Tambahan pula, stamina Satria perempuan ini agak bagus dan boleh menahan diri daripada pelbagai jenis perlakuan. Lagi-lagi ketika persetubuhan, kedua-dua paha yang tegap itu memeluk awak, perasaan itu tidak boleh dibayangkan!" George kelihatan seperti seekor babi gersang ketika itu.

Leylin teringat kembali. Budak nakal yang sebelum ini pun seorang buaya darat, tetapi ternyata tidak boleh dibanding dengan George yang datang daripada keluarga bangsawan yang besar, jadi dia mesti belum bertemu dan menyentuh badan seorang Satria perempuan sebelum ini.

Terdapat beberapa Satria perempuan di bawah penguasaan Viscount, tetapi mereka semua mempunyai otot yang membonjol, membuatkan Leylin mual.

Sambil menggeleng kepalanya, dia tidak mahu membincang isu ini dengan George.

"Saya faham sekarang. Mari kita pergi pilih akademi kita!"

"Oh! Ayah saya dah pilih untuk saya. Saya akan masuk Ennea Ivory Ring Tower. Ayah saya ada hubungan dengan salah seorang Magi senior di situ..... Apa kata awak ikut saya sekali!" George mengajak Leylin.

Leylin sedikit tertarik, tetapi melihat cincin di lehernya, dia masih teragak-agak.

'Tadi, Magus itu tak cakap akademi mana yang cincin ini akan membantu aku untuk masuk. Bagaimana kalau ia menjadi satu sekatan pula?'

"Tak! Saya nak jalan-jalan dan tengok dulu!" Leylin menolak dengan sopan.

"Baiklah, saya nak pergi jalankan prosedur-prosedur dia. Awak boleh datang ke kawasan Ennea Ivory Ring Tower untuk jumpa saya!" George melambaii tangannya dan berasak-asak masuk dalam khalayak ramai.

'Mana satu patut aku pergi? Aku tak kisah; mari kita periksa setiap akademi dulu!'

Leylin berjalan tanpa tujuan sekeliling tapak perkhemahan dan melihat pelbagai khemah yang menarik dengan pelbagai bentuk dan saiz yang pelik. Ada yang kelihatan seperti cendawan besar, dengan pintu berbentuk kipas terbuka di tengah-tengah, dan ada yang menggunakan sejenis tengkorak syaitan bertanduk yang aneh, di mana pembantu-pembantu paderi boleh memasuki khemah itu melalui mulut syaitan yang bengis itu seolah-olah memasuki rumah berhantu.

Dan di hadapan semua bangunan berbeza ini penuh dengan tanda ayat.

'Ia bahasa tanah besar, jadi masih okey!'

Leylin melihat beberapa nama akademi dan menghafalnya, "Ennea Ivory Ring Tower, Akademi Mercifura, Wetland Gardens...