Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 1 - Penjelmaan Semula

Penyihir Dunia Magus

The Plagiarist
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 1m
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Penjelmaan Semula

"Sakitnya kepala aku…"

Ini apa Fang Ming rasa apabila sedar. Kepalanya berasa sangatlah sakit seperti dibelah dua.

Keadaan dirinya seperti sedang menunggang satu gerabak kuda. Badannya terus dilambung ke atas dan bawah mengikut rentak gerabak kuda tersebut. Pergerakan ini memberi kesan besar kepada lukanya. Fang Ming berasa sangat sakit sehingga mendesak Fang Ming menarik beberapa nafas tajam.

Membuka matanya, dia meninjau sekeliling.

Apa yang dia nampak ialah dinding-dinding kayu di sekelilingnya. Beberapa remaja berambut cerah dan bermata biru sedang berehat di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang memandang ke arahnya. 

Kelihatan dirinya baring di atas lantai yang sejuk, Fang Ming tahu tubuhnya akan demam jika dia terus baring di lantai tersebut. Oleh itu, dia pun bergegas untuk cuba bangun.

Sebaik sahaja dia bergegas untuk bangun, kepalanya serta merta berasa sangat sakit.

Kesakitan ini menyebabkan dia teringat beberapa memori yang ganjil. Sehubungan dengan kesakitan yang dialaminya, Fang Ming terbaring semula dan pengsan.

"Hai! Leylin! Bangun…"

Fang Ming kedengaran seseorang memanggilnya dalam keadaan separa sedar. Dia kemudian membuka matanya.

"Adakah ini penjelmaan semula?" Ingatan Fang Ming sangat jelas, benda terakhir yang dia nampak ialah api yang marak akibat daripada letupan reaktor.

Dia pasti, sangat mustahil untuk selamat dari letupan itu tanpa sebarang perlindungan.

Tambahan pula, di dunia yang didiaminya, gerabak dan gerabak kayu ini diklasifikasikan sebagai barangan antik dahulu kala.

Selepas mengkaji beberapa memori baru yang dialaminya, Fang Ming telah mula menangkap tentang dirinya dan juga dunia baru ini.

Ini seperti Zaman Pertengahan Eropah di mana terdapat kuasa-kuasa misteri.

Dirinya di dunia baru ini dikenali sebagai Leylin Farlier, anak kepada seorang ahli bangsawan. Oleh kerana dirinya telah diuji dan didapati terdapat bakat menjadi seorang ahli Magus, ayahnya iaitu Viscount John Farlier telah membuat beberapa persediaan untuk membenarkan dirinya menjadi seorang Perantis Magus. Dia sekarang sebenarnya dalam perjalanan ke akademi Magus tersebut.

Dia telah nampak orang yang bangunkan dia ialah seorang remaja lelaki yang besar.

Remaja itu mempunyai kening tebal dan mata besar, hidung mancung, dan juga rambut keemas-emasan. Walaupun mukanya kelihatan sangat muda dan lembut, badannya kelihatan tegap dan gagah.

Remaja itu ketawa dengan gembira melihat Fang Ming sedar, "Haha…Leylin, akhirnya kamu bangun juga. Kalau kamu bangun lambat beberapa minit lagi, kamu mungkin akan terlepas makan malam. Aku pasti kamu tidak mahu kelaparan!"

Fang Ming menundukkan pandangannya. Setelah berfikir, dia kemudian baru sedar identiti remaja ini.

"Terima kasih George!"

Terdapat beberapa remaja bersama dirinya menuju ke akademi Magus tersebut dan mereka didapati mempunyai bakat seorang Magi. George, anak sah kepada seorang Count dan juga salah seorang anak yang sangat disayangi oleh Count tersebut. Count tersebut juga telah menggunakan pelbagai cara dan sumber untuk memastikan George masuk akademi Magus tersebut.

"Seorang Count?" fikir Fang Ming.

Dia kemudian teringat ayahnya, Viscount John Farlier, di mana dirinya sangat berkuasa sama ada dari segi harta dan juga pangkat. Ayahnya memiliki beribu tentera di bawah pengaruhnya. Di dunia ini , kedudukan ahli bangsawan ditentukan oleh kekuatan diri masing-masing. Sebaliknya, ayah George hanyalah seorang Count, pangkat, harta, dan pengaruhnya tidak setaraf dengan ayahnya. Walaupun kekurangan harta dan tahap kuasa ayah George, dia perlu banyak berkorban untuk memastikan George berjaya masuk ke akademi Magus tersebut. Ini membuat Fang Ming terfikir apa yang ayah Leylin lakukan untuk membuat perkara yang sama kepada Leylin.

Sementara Fang Ming berfikir berkenaan soalan itu, tiba-tiba kepalanya berasa sakit, menyebabkan satu babak muncul di mindanya.

Ia sebuah bilik yang gelap di mana terdapat beberapa rak lama di sudut-sudut bilik tersebut. Bilik itu berbau tengik dengan keadaan sekeliling penuh dengan kayu sendal yang penuh dengan habuk.

Di bawah cahaya yang samar-samar, John Farlier memberi satu cincin kepada Leylin sambil memberitahunya: "Wahai Leylin, ini ialah harta pusaka keluarga Farlier, satu tanda perjanjian daripada seorang Magus. Pada waktu itu, atuk ayah telah menolong seorang Magus yang cedera, Magus ini telah memberi hadiah kepada atuknya sebentuk cincin ini. Magus ini berkata jika terdapat seorang daripada keturunannya yang ada bakat sebagai seorang Magus, dia boleh menggunakan cincin ini untuk masuk ke dalam akademi Magus secara percuma! Oleh itu sekarang ayah akan memberi cincin ini kepada kamu dan harap kamu akan menjadi kebanggaan keluarga Farlier dan meneruskan legasi kami…"

Cincin itu!

Fang Ming mengecilkan mata dan tangan kanannya tidak sengaja terus ke dadanya.

Dia berasa satu benda pejal seperti satu cincin besi.

Dengan lega, dia berfikir pada dirinya sendiri. "Nasib baik! Aku tidak pasti kalau mereka tahu atau tidak ini satu harta karun, atau mungkin ada sekatan. Namun, aku sangat lega cincin ini tidak dirampas!"

Sebagai seorang saintis dalam kehidupan lepas, Fang Ming sangat ingin tahu dan berminat pada kuasa misteri tersebut. Ini menyebabkan dirinya penuh keinginan untuk mengkaji benda tersebut.

Tambahan pula, dia tidak mahu dihalau balik kerana dia telah hilang satu bukti penyertaan yang penting.

Walaupun dia telah mengambil alih badan ini dan menerima memori-memori baru tersebut, dirinya tetap berbeza daripada Leylin yang asal. Kepada ahli keluarganya yang telah bersamanya selama ini, mereka pasti dapat mengenal pasti perbezaannya! Jika mereka menganggap dirinya dirasuk syaitan dan mengupah seorang Magi untuk menyiasat, rahsianya mungkin akan diketahui.

Namun, jika dia berjaya masuk ke akademi Magus ini, dia mungkin tidak akan pulang ke rumah untuk beberapa tahun. Dalam tempoh ini, jika ada beberapa perubahan pada tingkah lakunya, dirinya masih akan dianggap normal. Tambahan pula untuk menjadi seorang ahli sihir, normal untuk menjadi pelik dan aneh. Ia akan nampak lebih pelik kalau tingkah laku dia sama seperti Leylin yang asal.

Sementara dia termenung jauh di dalam fikirannya, sepasang tangan besar dan kuat membantu dirinya untuk berdiri.

"Kenapa kau termenung?" tanya George.

"Tak…. Tak ada apa-apa!" Fang Ming menggeleng kepalanya dan memegang kepalanya seperti masih sakit.

Dia kemudian menoleh dan melihat George menyebabkan George terkejut seperti ditenung oleh ular berbisa.

"Wahai George, kenapa kau tidak kejut aku lebih awal, dan biarkan aku baring di lantai sejuk itu lama-lama?" dengan menyampah Fang Ming bertanya pada George.

"Hehehe! Aku tengok kau lena betul tidur, dan aku ingat kau suka baring di situ!" George gosok kepalanya tersipu-sipu. Namun, dia kelihatan sangat licik.

Dia kemudian mengaku kalah setelah ditenung tajam oleh Fang Ming: "Okey! Okey! Siapa suruh kau meyinggung perasaan dewi aku. Kita macam adik-beradik, aku tiada masalah jika kau menyinggung perasaan dia sekalipun. Tetapi, satu gerabak melayan kau macam musuh, aku tidak mahu terasa terasing!"

"Menyinggung perasaan? Dewi?" Fang Ming menggosok kepalanya dan tiba-tiba teringat kenapa dia dipukul.

Seorang gadis bernama Bessita. Walaupun hanya berumur 15 tahun, tubuh badannya sangat menggiurkan, tambahan pula dengan matanya yang besar, ini satu dugaan yang besar kepada si nakal Leylin.

Leylin yang asal bukan seorang yang baik. Dia telah hilang teruna pada umur dua belas tahun, dan dia juga sama ada menggoda atau memaksa para wanita mengikut kehendak nafsunya. Dia telah meniduri beratus-ratus wanita!

Dia dikenali sebagai Wabak Maut dalam pemerintahan ayahnya. Setelah Fang Ming selesai mengingat semula, dia rasa menyampah dengan dirinya sendiri. Patutlah badannya sangat lemah dan lembik, ini bukan hanya kerana kecederaan yang dialaminya.

Teringat kembali, ini sangat jelas Leylin ialah seorang yang selalu mendatangkan masalah di kawasannya, dan terbukti tidak dapat mengawal dirinya apabila nampak Bessita.

Pada awalnya ini kelihatan normal seperti dia ingin menggoda Bessita. Walau bagaimanapun, akhirnya dia menunjukkan tingkah laku yang kasar. Apabila Fang Ming ingat kembali, dia menganggap diri Leylin yang asal sebagai seorang yang bodoh.

Bessita ialah puteri kepada sebuah negara kecil! Tetapi Leylin masih mahu merogol dia. Leylin ini terlalu bodoh! Sheesh!

Apa yang berlaku seterusnya, Leylin dibelasah teruk oleh 'Flower Guardians', di mana dirinya telah mati dipukul, dan akhirnya memberi keuntungan kepada Fang Ming.

Hehehe! Bessita ini nampaknya tidak mudah seperti yang dijangka. Fang Ming ketawa sambil memikirkannya.

Baiklah! Oleh kerana aku telah mengambil alih badan kau, tidak kira apa pun, kalau aku ada peluang, aku akan membalas dendam untuk diri kau! Kerana sekarang akulah Leylin Farlier!

Fang Ming bersumpah pada dirinya.

Berdasarkan memori Leylin, dia tidak pernah mendengar tentang orang Asia, atau dengar apa-apa tentang negara China. Oleh itu, di dunia barat yang baru ini, jika dia guna nama asalnya iaitu Fang Ming, itu terlalu bahaya!"

Bila dia melihat sekeliling, dia menyedari tiada sesiapa lagi di dalam gerabak yang luas ini. Patutlah George datang memanggil dirinya.

"Apa pun, aku berterima kasih pada kau! George, kau ada ubat tak?" Fang Ming berdiri dan meregangkan badannya. Walaupun masih sakit di beberapa tempat, ini tidak menghalang gerakannya, dan luka di belakang kepalanya telah tertutup.

"Hehehe… Aku tau kau mesti perlukan ini!" George ketawa dan membaling satu botol kecil. "Ini ubat rahsia keluarga aku. Aku dengar ini selalu digunakan semasa latihan Satria, dan sangat berkesan kepada kecederaan badan!"

Sambil bercakap, George melihat sekeliling. "Baiklah! Makan malam akan bermula. Aku pergi dulu, kau sapu ubat itu dulu dan datang cepat. Ingat, jangan beritahu sesiapa yang kita ini kawan!"

Selepas selesai bercakap, dia berlari pergi dengan laju.

Melihat George hilang dari pandangannya, dia mengurut dahinya. Ia kelihatan seperti Leylin telah terlibat dalam sesuatu yang bahaya. Adakah ini satu masalah yang besar? Mengikut memori Leylin, hubungan seksual ialah perkara biasa dalam dunia ini.

Walau bagaimanapun, dia tidak boleh buat apa-apa berkenaan situasi ini. Sambil menanggalkan bajunya, Leylin menyapu ubat itu ke luka di tubuhnya.

"Hiss… Sengal punya George. Tak boleh ke dia tolong aku sapu ubat ini sebelum pergi?" Leylin tarik beberapa nafas panjang sambil menyapu ubat tersebut.

Ubat itu terbukti sangat berkesan. Sebaik sahaja dia menyapu ubat itu, dia terus rasa lega dan sakit itu hilang.

Setelah selesai, Leylin memakai baju semula dan membuka pintu gerabak tersebut.

Whoosh!

Terasa angin sepoi berlalu, dan matahari terbit menyebabkan semua benda berkilauan.

"Apa-apapun, aku berasa sangat gembira untuk terus hidup!"

Mata Leylin berair sambil dia berkata.

Melihat sekeliling, dia sedar beberapa gerabak yang besar membentuk satu bulatan sebagai tapak perkhemahan sementara, dengan api yang besar di tengah-tengah.

Ramai remaja mengelilingi api itu, berehat di atas tikar yang dibentangkan di atas tanah, bergelak ketawa dan bergurau antara satu sama lain, sambil makan roti.

Leylin berjalan menuju ke satu meja yang terdapat beberapa roti dan jus. Berdasarkan memorinya, ini di mana makanan diagihkan.

Bila dia menghampiri kawasan itu, dia nampak beberapa orang beratur. Sebaik sahaja mereka nampak Leylin, mereka melihat dia dengan hina.

Walaupun Leylin menganggap dirinya sebagai seseorang yang tebal muka, dia masih berasa sangat susah untuk bertahan.

Dia tetap tidak beredar. Apa pun, dia masih perlu makan.

"Cepat sikit!" Kedengaran satu suara serak.

"Maaf… Maaf! Puan Angelia!" Seorang budak berjerawat meminta maaf dan mengambil bahagian makanannya sebelum berlari pergi.