Ye Xiu dan Chen Guo terfikir tentang Tang Rou, tetapi hakikatnya berbeza daripada jangkaan mereka.
Setelah mendengar yang ada wartawan hendak menemubual mereka, Tang Rou tidak berniat untuk mengelak. Sebaliknya, An Wenyi yang menggeleng-gelengkan kepalanya. Semua orang bertanya mengapa dan mereka terkesima mendengar jawapannya. Dia tidak pernah melaporkan diri di sekolah sejak sesi persekolahan bermula. Jika dia tidak menarik perhatian ramai, tidak mengapa, tetapi jika dia menerima temubual dan dia muncul di berita, sekolahnya akan tahu yang dia ponteng agar dapat bermain permainan video. Mereka pasti tidak boleh menerima perkara sebegitu.
"Okey, kalau macam itu, buatlah apa yang kamu mahu, Adik An. Semua orang lain tunggu di sini seketika, wartawan itu akan datang tak lama lagi," arah Chen Guo sebelum keluar untuk menyambut wartawan itu.