Para pemain di Arena seringkali gagal memahami situasi keseluruhan dalam perlawanan. Mereka perlu bergantung kepada pengalaman dan penilaian tersendiri untuk memahami gambaran sebenar.
Itulah apa yang cuba Wu Chen lakukan. Apabila menyedari yang Happy sudah mengawal situasi, dia segera terfikir untuk memasukkan kembali penyembuh mereka. Mereka tidak akan cuai lagi.
Kelemahan terbesar Everlasting pada ketika ini adalah mereka tidak ada penyembuh. Mereka sedar akan perkara ini dan Happy juga pastinya menyedarinya juga. Happy tahu kelas watak apa yang sedang berada di medan pertarungan sekarang ini berdasarkan serangan yang ditujukan kepada mereka. Mereka mungkin sudah meramalkan yang Everlasting akan cuba menukar watak lain untuk memasukkan semula penyembuh dan menggunakan perkara ini bagi memperoleh kelebihan.
Selepas mengarahkan He An untuk berganti dengan penyembuh, Dawn Gunner menuju ke lokasi yang dituju oleh Go Forth tadi.