Ketua kumpulan elit kedua Samsara sudah semestinya adalah Wei Chen. Selepas dia mengucapkan kata-kata tersebut, semua ahli Samsara menaikkan kening mereka. Siapakah pihak lawan mereka? Zhang Xinjie dan Ye Qiu, dua orang Jurutaktik Agung dunia Glory. Biarpun begitu, dia masih berani berlagak untuk menunjukkan kemahiran dia sebagai komander di hadapan mereka! Bukan sahaja tidak ada seorang pemain Samsara pun yang berasa yakin, mereka turut meragui Wei Chen. Beberapa orang pemain tidak memberikan muka, mereka terus menaip emoji berpeluh di laman sembang pasukan. Biarpun Wei Chen adalah ketua kumpulan elit kedua Samsara, pangkatnya dalam Samsara tidak begitu tinggi, terutama sekali dalam kalangan elit. Sesiapa sahaja yang berbakat akan dikerahkan sepenuhnya, tetapi untuk menjadi seorang elit, kesetiaan dan kepercayaan terhadap pemain tersebut haruslah diyakini sepenuhnya. Seorang pendatang baru tidak boleh meraih kepercayaan tersebut dalam jangka masa yang singkat.