Para pemain di sekitar menonton pertarungan tahap tinggi ini. Namun, kedua-dua pemain ini belum lagi menyentuh satu sama lain. Mereka semua kagum, tetapi sebenarnya para pemain biasa ini gagal menganalisa apa yang berlaku. Mereka yang benar-benar faham apa yang terjadi hanyalah Ye Xiu dan Zhao Yuzhe.
Semua orang dapat meneka mengapa Enlightened Lord melompat, tetapi mereka cuma 50% betul sahaja.
Matlamat Ye Xiu adalah untuk menghalang kursor Zhao Yuzhe, tetapi jika dia cuma hendak menghalang kursor, dia tidak perlu melompat pun. Glory dimainkan dari perspektif hadapan. Tidak kira bagaimana Zhao Yuzhe mencuba, dia tidak akan dapat melihat bahagian belakang Enlightened Lord, apatah lagi cuba mengelilingi tubuhnya menggunakan kursor.