Blue River mahu mati. Mana mungkin dia akan tahu seseorang yang berpangkat Dewa akan menipu seperti pemain kelas ketiga? Blue Brook pula panik akibat ugutan ini dan membuat kecoh tanpa sebab. Memandangkan Dewa ini tidak bercadang untuk menyusuli dengan ugutannya, pakatan 4 persatuan dan Samsara tidak perlu dirisaukan. Mengapa pula Samsara bertindak, jika begitu? Blue River adalah pemain berpengalaman, setelah memikirkannya, dia melakukan tekaan.
Ini membuatkan dia lebih malu lagi. Tidak ada sebarang masalah pada awalnya. Dia telah menganggap kata-kata Ye Qiu sebagai kebenaran dan memberitahu ketua persatuannya. Dia tidak sangka perkara ini akan menyebabkan satu salah faham yang besar. Bagaimana dia hendak menjelaskan perkara ini kepada Changing Spring?
Apa-apa pun, dia terpaksa menjelaskannya juga. Blue River mengumpulkan keberanian dan memberitahu Changing Spring.