Mayat Deception terbaring di tanah. Dia memilih untuk tidak hidup semula. Dia tahu musuhnya tidak akan membiarkan dia begitu sahaja. Dia tidak boleh menewaskan mereka, dia juga tidak dapat melarikan diri. Jika dia hidup semula, perkara ini tidak akan pernah berakhir.
Nampaknya log keluar adalah pilihan paling sesuai dalam situasi ini.
Namun, Deception tidak rela! Dia telah lama bermain permainan ini dan telah menarik perhatian begitu ramai pemain lain sepanjang kerjayanya sebagai pengutip sisa. Ini bukan kali pertama dia mati, tetapi ini sememangnya kali pertama dia terperangkap di tempat hidup semula dan gagal melepaskan diri.
Namun, apa lagi yang mampu dia lakukan?
Dia tidak mampu menewaskan mereka. Dia tidak memiliki keupayaan berbuat demikian.
Jangankan Lord Grim, menentang Steamed Bun atau Soft Mist pun sudah cukup sukar. Dengan mereka berdua bergandingan, Deception tidak melihat ada sebarang peluang untuk menang.