Kali ini, para pemain penyerang sudah bersedia. Sebaik sahaja keempat-empat patung batu berlaga dengan dinding dan mula terhuyung-hayang, para penyerang memulakan serangan.
Mereka tidak perlu risau akan mendatangkan terlalu banyak 'damage' dan mengalihkan tumpuan serangan dari Tank. Tujuan strategi ini digunakan bukanlah demi mengawal tumpuan serangan, tetapi mengawal medan perang. Dengan menggabungkan serangan mereka secara bersesuaian, musuh tidak akan dapat menentang. Dalam situasi ini, siapa yang peduli akan tumpuan serangan? Ia langsung tidak penting.