Keji!
Kali ini, Chen Guo memang memandang hina akan Ye Xiu. Buku teks apa? Dewa apa? Idola apa? Semua ini tidak mampu menghalang rasa hina Chen Guo.
Mengintai skrin orang lain, kelakuan yang begitu memalukan! Perbuatan ini memang biasa dilakukan di kafe internet, lebih-lebih lagi oleh sekumpulan kawan-kawan. Mereka akan duduk bersama-sama dan mata mereka akan berkeliaran bagaikan pencuri. Setiap kali Chen Guo melihat ini berlaku, dia akan menganggap ini adalah perkara keji. Sangat keji!
Chen Guo sudah cukup memandang hina pada seorang Dewa yang mengutip sisa. Apabila digabungkan dengan perkara ini, dia sudah tidak tahan lagi. Demi memperoleh kemenangan, dia sanggup berbuat apa sahaja!
"Kamu memang tak tahu malu!!" jerit Chen Guo di telinga Ye Xiu.
"Tepi!! Kamu halang skrin!!" Ye Xiu masih mengintai skrin Chen Guo.
Chen Guo menggerakkan tetikusnya supaya Chasing Haze tidak lagi memandang ke arah Deception.