Chereads / Avatar Raja / Chapter 433 - Kalau Boleh, Saya Nak Minta Tolong

Chapter 433 - Kalau Boleh, Saya Nak Minta Tolong

Striker, Witch.

Mereka semua menonton 4 perlawanan yang membabitkan dua watak ini. Liu Hao dan He Ming memberikan pendapat masing-masing. Wang Ze turut bercakap juga apabila melibatkan pertarungan Sharpshooter. Kedua-dua pemain Penyapu Gelanggang pula hanya menjawab apabila ditanyakan soalan.

Semua orang dapat melihat yang Witch dan Striker ini juga merupakan jaguh handalan. Tetapi, mereka menghadapi masalah yang sama seperti Assassin apabila hendak menilai. Tahap kemahiran kedua-dua jaguh ini jauh berbeza dengan kedua-dua Penyapu Gelanggang, jadi ia sukar untuk dibandingkan. Mereka tidak pasti sama ada kemenangan menyeluruh ini boleh dilakukan setiap masa atau hanya 50% peluang sahaja.

Perkara ini sama dengan jaguh kelas Launcher tadi juga. Tetapi Launcher itu menunjukkan strategi dan gaya yang jelas sehingga musuh gagal menentang. Biarpun begitu, ia tetap sukar hendak menentukan betapa hebatnya Launcher ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS