Ramai orang yang terlibat dalam perbualan ini sudah tahu apa yang Blue River hendak katakan. Ketua persatuan besar yang lain hanya mendiamkan diri, tetapi hanya Lonely Drink dari Samsara yang bersuara dengan marah. "Apa dia? Saya nak tahu apa yang mengerikan sangat!"
"Ketua persatuan Happy, Lord Grim, sebenarnya adalah Ye Qiu." Blue River memberikan jawapan yang terus-terang.
Mereka yang tahu tentang ini terus kekal diam, tetapi Lonely Drink masih bertelagah, "Ye Qiu? Ye Qiu mana?"
"Kamu ingat Ye Qiu yang mana?"
"Jahanam, tak mungkin!"
Selepas terdiam seketika, Lonely Drink sekali lagi berbicara.
"Kalau Lord Grim adalah Ye Qiu, Cleansing Mist pula adalah…"
"Ya, tepat sekali tekaan kamu," jawab Blue River.
"Alamak… habis macam mana?" Lonely Drink merupakan pemain yang paling agresif terhadap Lord Grim selama ini, tetapi pada ketika ini, dia telah tiba-tiba berlembut.