Wind Following Sword hidup semula di Bandar Congee.
Dia tidak kehilangan peralatan, tetapi kehilangan 10% experience membuatkan hatinya sakit. Namun, dia lebih sedih apabila memikirkan apa yang berlaku dalam pertarungan tadi. Dia menyangka dia akan dapat merampas pencuri Krismas dengan mudah. Siapa sangka begitu ramai musuh akan muncul sehingga dia dan kawan-kawannya semua terbunuh.
Kesemua rakan-rakan Wind Following Sword hidup semula satu demi satu di sebelahnya. Mereka masing-masing tidak terkata-kata.
Adakah mereka patut pergi membalas dendam?
Wind Following Sword tidak berani jika ia hanya melibatkan pasukan mereka sahaja. Dia tahu Lord Grim adalah Ye Qiu dan Cleansing Mist adalah Su Mucheng. Soft Mist juga sangat kuat.