Chereads / Avatar Raja / Chapter 12 - Gua Labah-Labah (1)

Chapter 12 - Gua Labah-Labah (1)

Keempat-empat ahli kumpulan ini sungguh agresif. Mereka berbincang secara diam-diam dan membiarkan Ye Xiu bekerja keras seorang diri buat tempoh yang lama. Tetapi kemudian, demi mengelakkan Ye Xiu dari merasa curiga, mereka mula membantunya. Salah seorang daripada mereka berkata, "Maaf ya. Kami perlu berbincang tentang hal persatuan yang penting tadi. Tadi kami kurang fokus, tapi sekarang semuanya beres!"

"Tak apa. Jom kita sambung!", kata-kata Ye Xiu seolah-olah menunjukkan dia sedikitpun tidak curiga.

Mereka berempat berasa sungguh gembira. Dengan gabungan mereka dan veteran seperti Ye Xiu, 'dungeon' ini akan dihabiskan dengan cepat sekali. Setiap orang membunuh dengan riang. Tiada seorang pun yang menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mempunyai niat tersembunyi.

"Eh, perasan tak 'damage' dia sangat tinggi?" tanya Seven Fields kepada Sleeping Moon.

"Nampak gayanya begitulah. Saya tak pernah melihat senjata tombak seperti ini," jawab Sleeping Moon.

"Saya pun tak pernah. Biasanya saya tak berikan perhatian pada tombak bertahap rendah," kata Seven Fields.

"Kalau senjata tu terjatuh semasa kita bunuh dia, kita rampas!" kata Sleeping Moon.

"Apa gunanya kalau kita rampas pun? Biarpun kuasa serangannya tinggi, ia tetap senjata bertaraf rendah. Kita takkan dapat menggunakannya buat jangka masa panjang," kata Seven Fields.

"Betul juga tu," Sleeping Moon mengangguk.

Semua orang tidak mencari pasal antara satu sama lain dan bekerjasama dengan penuh harmoni. Mereka bertarung dengan cukup lancar sekali. Sayangnya, mereka tidak bertembung dengan Midnight Phantom Cat walau sekali pun lagi.

Setelah menyelesaikan Hutan Hijau buat beberapa kali, Lord Grim adalah pemain pertama yang mencecah tahap 10. Ini kerana pencapaiannya sebagai pemain pertama yang membunuh bos tersembunyi telah memberikannya jumlah 'experience' yang sangat banyak. Lord Grim sudah berada pada kedudukan tinggi dalam papan pendahulu server kesepuluh pada waktu ini. Tetapi pemain pertama yang mencecah tahap 10 dalam server ini bukanlah dia. Pemain tersebut bernama Blue River. Ye Xiu teringat bahawa Blue River dan kumpulannya diumumkan sebagai kumpulan pertama yang berjaya menyudahkan Hutan Hijau.

Melihatkan Lord Grim mencecah tahap 10 sebelum mereka, Sleeping Moon mula berasa sedikit gementar. Dia khuatir Lord Grim akan meninggalkan mereka begitu sahaja. Kalau begitu, hancurlah peluang dia untuk membalas dendam! Mujurlah Lord Grim hanya ketawa dan berkata "Saya sudah sampai tahap 10!" dengan cukup riang sekali. Selepas mengucapkan tahniah, mereka semua masuk ke Hutan Hijau sekali lagi.

Setelah menyelesaikan 'dungeon' tersebut sekali lagi, akhirnya Sleeping Moon dan kesemua rakannya turut mencecah tahap 10. Mereka berlima juga berjaya memperoleh beberapa peralatan yang berguna.

The experience gap between them wasn't too great. After clearing this dungeon, Sleeping Moon and the others all reached level 10. The five of them also obtained quite a few equipment.

"Abang, nampak gayanya kerjasama antara kumpulan kita sangat bagus. Memandangkan kita semua dah sampai tahap 10, apa kata kita pergi ke Gua Labah-Labah bersama-sama?" tanya Seven Fields kepada Ye Xiu.

Sleeping Moon dan Ye Xiu pernah bermusuh sebelum ini. Sekarang tiba-tiba dia berubah hati pula. Tetapi, dia menggunakan Seven Fields untuk berkomunikasi dengan Ye Xiu dan dia sendiri masih merenung Ye Xiu dengan penuh benci. Kesemua ini telah membuatkan Ye Xiu berasa pelik.

Namun, Ye Xiu bersetuju dengan permintaan Seven Fields itu. Tetapi dia meminta sedikit waktu untuk belajar beberapa kemahiran baru terlebih dahulu. Apabila seorang pemain mencecah tahap 10, terdapat beberapa kemahiran baru yang boleh dipelajarinya.

Semua ahli lain ingin melakukan perkara yang sama. Jadi, mereka menghabiskan sedikit masa untuk memilih kemahiran yang bersesuaian dan berkumpul di pintu masuk Gua Labah-Labah apabila mereka selesai.

Memandangkan mereka semua telah sampai ke tahap 10 dengan jangka masa yang agak cepat, masih tidak terlalu ramai pemain yang berada di Gua Labah-Labah pada waktu ini. Apatah lagi, pemain-pemain baru kebiasaannya tidak akan berani mencuba nasib di Gua Labah-Labah selagi mereka belum benar-benar bersedia.

Terdapat beberapa kumpulan lain yang berkumpul di luar pintu masuk. Mereka sibuk bertanyakan tentang kelengkapan dan kekuatan satu sama lain. Kumpulan Sleeping Moon tidak mempedulikan mereka semua dan terus masuk. Mereka sudah bersedia untuk melaksanakan niat jahat mereka!

"Adakah kita nak bunuh dia serta-merta ataupun lihat bagaimana keadaan gua ini dulu?" tanya seorang ahli dengan senyap-senyap.

"Kita lihat keadaan dulu. Kalau dia betul-betul seorang jaguh, kita akan pergunakan dia dulu. Kita rancang sekali lagi bila tiba saat kita berhadapan dengan bos," cadang Seven Fields.

Rancangan ini dipersetujui semua ahli lain. Selain Sleeping Moon, mereka yang lain tidak mempunyai sebarang dendam dengan Ye Xiu. Mereka sedar bahawa Ye Xiu bukan sahaja seorang pemain yang hebat, dia turut memiliki kekuatan serangan yang paling kuat di antara mereka semua. Mereka agak berat hati untuk berpisah dengannya, tetapi mereka perlu menjaga maruah rakan mereka, Sleeping Moon. Sungguhpun tidak ada yang menyuarakan pendapat mereka, hati mereka sebenarnya sedang bergelut dengan perasaan ragu-ragu dan sedih!

"Kamu semua sudah sediakan penawar tak?" tanya Seven Fields kepada semua ahli lain. Semua orang menjawab "Ya", tetapi Ye Xiu pula berkata "Tak perlu pun!" sambil ketawa.

"Memang nak cari mati dia ni…" kata Sleeping Moon dalam hatinya. Tetapi, keyakinan Ye Xiu itu membuatkan dia tidak senang duduk.

"Kalau macam tu, jom kita mula!" kata Seven Fields dengan riang.

Suasana di dalam Gua Labah-Labah sangat suram dan sarang labah-labah kelihatan di merata-rata tempat. Dari masa ke masa, tulang-temulang manusia turut kelihatan. Ini menyebabkan Sleeping Moon dan rakan-rakannya berasa lebih gementar dari biasa. Bila seorang pemain mati dalam dunia Glory, mereka akan kehilangan 'experience'. Pada waktu ini, mereka akan kehilangan 10% 'experience' dan berisiko rendah untuk kehilangan peralatan juga. Tetapi jika mereka berjaya sampai ke 'Heavenly Domain', mereka akan kehilangan 20% 'experience' dan berisiko tinggi untuk kehilangan peralatan jika mereka mati!

Lord Grim berjalan dengan penuh yakin, sama seperti di Hutan Hijau. Dia tidak kelihatan gusar walau sedikitpun. Dia berjalan di hadapan semua ahli lain dan memilih arah yang dianggapnya paling selamat.

Ye Xiu sebenarnya sudah lupa akan keadaan di dalam 'dungeon' bertahap rendah seperti ini. Dia pernah menulis sebuah panduan untuk Gua Labah-Labah, suatu masa dahulu. Tetapi dia tidak dapat mengingati sedikitpun apa yang ditulisnya sekarang! Sepuluh tahun sudah pun berlalu.

Sedang Ye Xiu mengeluh kerana memikirkan masa lampaunya, sebuah bayang hitam menerpa keluar dari celah batu, tepat ke arah Lord Grim. Tangan kiri Ye Xiu menekan papan kekunci dan tangan kanannya menyeret tetikus. Lord Grim berguling ke belakang untuk mengelakkan serangan tersebut dan serta-merta melancarkan Sky Strike.

Serangan Sky Strike itu tepat mengenai sasarannya, seekor labah-labah hijau yang mempunyai serangan jarak dekat. Ye Xiu mengambil kesempatan untuk melakukan lebih banyak serangan apabila labah-labah itu sedang tercampak di udara. Dia menekan papan kekunci dan mengetik tetikus bertalu-talu. Tombak Lord Grim terhunus dan ia menetak labah-labah tersebut tanpa sebarang belas kasihan.

Pu pu pu pu!

Empat tetakan sepantas kilat singgah pada labah-labah tersebut. Ia tercampak pada seketul batu besar.

"Jahanam, tak mungkin!" kata Seven Fields dengan penuh kekaguman.

"Dia melakukan kombo empat kali berturut-turut di udara!!" seorang ahli lain berkata dengan penuh ketakutan.

"Dia boleh melakukan kombo empat kali pada tahap 10??" kata ahli ketiga.

Sleeping Moon pula hanya mampu ternganga.

Kombo empat kali di tengah-tengah udara adalah dikenali sebagai Kombo Battle Mage. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu melakukannya. Teorinya agak mudah, ia hanyalah tikaman lurus yang biasa, diikuti dengan 'Dragon Tooth' kemudian dua kali tikaman daripada kemahiran 'Battle Mage' tahap 10 yang dinamakan 'Double Stab' sebagai penyudah.

"Saya dengar hanya pemain dengan 'APM' 170 ataupun lebih yang mampu melakukan kombo sebegini," kata Seven Fields.

"Saya pula dengar ia hanya boleh dilakukan oleh Battle Mage bertaraf profesional SELEPAS kelajuannya dipertingkatkan!" kata seorang ahli lain.

"Lelaki ini pula masih lagi 'Unspecialized'….."

"Eh, berapa besarnya perbezaan kelajuan antara watak 'Unspecialized' dengan seorang 'Battle Mage' ya?"

"Saya tak tahu. Ia juga bergantung kepada peralatan yang mereka ada. Tapi nampak gayanya, lelaki ini tak ada sebarang peralatan yang meningkatkan kelajuan serangannya!"

Hakikatnya, peralatan milik Lord Grim adalah sama sahaja dengan peralatan yang dimiliki mereka berempat.

"Macam mana pula dengan senjata? Adakah mungkin dia dapat melakukan kombo ini disebabkan senjata dia itu?"

"Tak usahlah kita bertekak tentang penyebabnya. Biar saya tanya kamu soalan ini. Biarpun kamu adalah seorang 'Battle Mage' dan memiliki peralatan 'Flowing Light' yang mempertingkatkan kelajuan kamu, BOLEHKAH kamu semua melakukan kombo empat kali berturut-turut di TENGAH-TENGAH udara??"

Semua senyap. Ini kerana, jika mereka mampu melakukannya, mereka semua takkan berasa terkejut!

"Siapa lelaki ini sebenarnya, Sleeping Moon? Siapa dia??" ketiga-tiga ahli persatuan itu memandang tepat ke arah Sleeping Moon.