Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 975 - Takut Kehilangan Kamu (6)

Chapter 975 - Takut Kehilangan Kamu (6)

"Dia ada dekat Lebuhraya 4006. Saya dah hantar orang saya ke sana, tapi mereka cuma jumpa telefon bimbit dia dan tak nampak Huo Mian. Saya rasa penculik cuba kelirukan kita dan alih perhatian kita."

"Okey. Saya faham."

"Chu, penculik tu dah hubungi kamu? Selalunya, mereka akan minta wang tebusan dalam masa 8 jam," tambah Gao Ran.

"Tak, belum lagi."

Qin Chu tidak mahu memberitahu apa-apa. Lagipun, dia tidak mahu mengambil risiko dan melibatkan polis kerana risau penculik itu akan membunuh Huo Mian disebabkan rasa marah.

Jika perkara tersebut berlaku, dia akan menyesal seumur hidup. Maka, dia memutuskan untuk tidak memberitahu apa-apa kepada Gao Ran.

"Oh… baiklah, jangan risau. Saya akan pastikan semua bahagian mula menyiasat perkara ni dan kami akan siasat semua kenderaan mencurigakan yang lalu di Lebuhraya 4006."

"Okey." Setelah memutuskan talian, Qin Chu menyalakan sebatang rokok lagi sambil merenung skrin telefon.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag