Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 273 - Dia Bukan Wanita yang Boleh Kamu Sentuh (10)

Chapter 273 - Dia Bukan Wanita yang Boleh Kamu Sentuh (10)

"Terkejut? Tak terkejut sangat pun. Tapi kamu takutkan saya. Kamu tahu tak betapa sedihnya saya kalau ada apa-apa berlaku pada kamu?"

Qin Chu berasa terkilan. Jika, dia tidak mengenali suara itu, pasti pengawal peribadinya telah mencampak Huo Mian keluar tanpa belas kasihan. Hati Qin Chu akan terluka jika Huo Mian cedera disebabkan perkara itu. Perempuan ini tidak tahukah?

"Tak ada apa-apa yang akan berlaku pada saya." Huo Mian mencuri pandang pada Qin Chu dengan rasa bersalah. Penyelesaian terbaik untuk ketidakwarasan Huo Mian ialah menciumnya secara paksa. Qin Chu mencampak Huo Mian ke atas sofa, kemudian dia menindihnya dan menciumnya secara ganas. Qin Chu melepaskan Huo Mian apabila Huo Mian sudah kehabisan tenaga.

Pada ketika itu, satu ketukan dari luar berbunyi. "Tuan, selepas ini ada sidang media. Tolong kawal diri Tuan."

Kawal? Wajah Qin Chu berubah kelam. Sejak kebelakangan ini, Pembantu Yang seolah-olah minta dipukul.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS