Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 30 - Ganjaran

Chapter 30 - Ganjaran

Di dalam pejabat Ketua Jururawat –

Semasa Huo Mian memasuki bilik itu, dia ternampak Xu Yan, Ketua Jururawat sedang bercakap di telefon. Melihat sahaja Huo Mian, Ketua Jururawat tersebut segera menamatkan perbualannya dan meletakkan gagang telefon. Dia mengangguk pada Huo Mian dan berkata, "Sila duduk."

"Ya, Puan."

Xu Yan, Ketua Jururawat itu terkenal di Jabatan OB/GYN kerana dia seorang yang dingin dan mabuk kerja. Dia sudah membuat ramai jururawat pelatih menangis.

Pelatih yang berhati lembut sama ada berhenti atau dipindahkan ke jabatan lain.

Huo Mian sudah menjalani latihan di bawah Xu Yan selama enam bulan. Walaupun Ketua Jururawat itu menakutkan, dia sangat profesional dan berpengetahuan. Huo Mian gemarkan kualiti ini pada Xu Yan dan baginya, Xu Yan lebih baik daripada rakan sekerjanya yang tamak dan hanya kisahkan soal wang.

"Huo Mian, pembantu pengarah baru sahaja menelefon saya dan meminta saya menyampaikan pesanan kepada kamu. Pembedahan pada pegawai kerajaan itu sangat berjaya dan dia dijangka sedar dalam masa 12 jam."

"Oh betulkah? Wah, ini sangat hebat!" Huo Mian tersenyum.

"Pengarah mahu memberi ganjaran kepada kakitangan yang terlibat dalam pembedahan ini selepas pegawai itu sedar. Tiga daripada hospital ini terlibat dalam pembedahan ini – pakar anestesia, kamu dan seorang doktor lelaki. Pengarah mahu tahu ganjaran apa yang kamu mahukan."

"Pesakit itu belum lagi sedar. Tidak terlalu awalkah untuk bercakap mengenai ganjaran?" Huo Mian bertanya sedikit teragak-agak.

"Pengarah pasti pegawai itu akan sedar. Beritahu sahaja saya apa yang kamu mahu, saya akan sampaikan kepada pihak atasan." Xu Yan berkata dengan tenang.

Huo Mian berfikir buat seketika dan bertanya, "Puan, saya memang boleh membuat sebarang permintaan?"

"Sudah tentulah. Selagi ia tidak begitu melampau."

"Saya berharap untuk mendapat bonus gaji." Huo Mian memastikan dia menyatakan perkataan itu dengan jelas.

"Bonus gaji?" Ketua Jururawat itu kelihatan terkejut. "Saya sangkakan kamu akan meminta jawatan tetap."

Proses mendapatkan jawatan tetap memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun. Selain itu, seorang pelatih juga perlu melalui proses ujian dan penilaian yang ketat. Ia merupakan proses yang memakan masa panjang dan juga rumit.

"Jawatan sepenuh masa? Oh, saya tidak pernah fikirkan hal itu. Lagipun, saya baru berada di sini selama enam bulan. Jadi saya tidak menjangkakan yang saya akan menjadi pekerja tetap dalam masa terdekat. Bonus 10 000 yuan mungkin lebih berguna buat masa sekarang."

Dia benar-benarkan perlukan duit itu. Dia bukan sahaja sudah menggunakan had maksimum kad kreditnya, malah dia juga berhutang sebanyak 1,000 yuan dengan Lingling.

Jadi, jika hospital itu mampu memberikan dia 10,000 yuan, itu akan membantu situasinya. Paling kurang, adik lelakinya akan mempunyai duit yang cukup untuk belanja bulan hadapan.

"Baiklah, saya akan sampaikan pesanan kamu. Tetapi, keputusan muktamad akan dibuat oleh pengarah."

"Baiklah, Puan. Jika tiada apa-apa lagi, saya akan kembali bekerja." Kata Huo Mian lalu bangun untuk beredar.

"Oh Huo Mian."

"Ya, Puan?"

"Saya dengar ketua doktor bedah untuk pembedahan ini ialah pakar bedah neuro yang hebat dan pembantu doktor bedah semuanya doktor tempatan yang terkenal. Dia…adakah dia sangat muda?" Ketua Jururawat tersebut bertanya, sedikit segan.

Ketua Jururawat itu tidak bermaksud untuk menyibuk. Dia hanya curiga. Dia terdengar bahawa doktor bedah itu dari Harvard tetapi belum berpeluang berjumpanya. Dia hanya boleh bertanyakan pada Huo Mian untuk menjawab minatnya.

Selepas tiga saat terdiam, Huo Mian menggigit bibirnya dan membalas, "Ya, dia sangat muda."

Untuk alasan yang tidak jelas baginya, Huo Mian berasa bangga bercakap mengenai Qin Chu.

Meskipun pengarah tidak berputus asa mengajaknya makan malam, Qin Chu menolak tawaran tersebut selepas pembedahan.

Makan malam dengan lelaki tua yang hambar dan tidak menarik? Memikirkan hal itu sahaja sudah cukup menjemukan.

Lagipun, bukan pengarah itu yang meyakinkannya untuk melakukan pembedahan itu. Jika sebab dia, Qin Chu mungkin tidak akan menerima permintaan tersebut pada awalnya.

Sewaktu berjalan keluar dari hospital itu, Qin Chu membawa keluar telefon dan meminta pemandu datang menjemputnya. Tiba-tiba sebuah Jaguar hitam perlahan-lahan berhenti di hadapannya.

Tingkap itu diturunkan dan seorang lelaki muda yang duduk di dalamnya menanggalkan kaca mata. Dia terkejut dan menyeru, "Qin Chu?!"