Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 97 - Perjanjian

Chapter 97 - Perjanjian

"Sekejap. Apa kamu cakap tadi?"

"Saya sudah kahwin."

"Berhentilah bergurau. Hari ini bukan April Fool." Gao Ran tidak mempercayainya.

"Saya tidak bergurau."

"Tapi…ini hal besar. Macam mana saya boleh tak tahu? Media pun tak ada buat laporan. Macam tak masuk akal sahaja."

"Kami hanya buat sijil pernikahan dan tidak buat majlis perkahwinan. Lagi pun, dia tidak mahu mengumumkan perkahwinan kami."

"Kamu berkahwin dengan…Huo Mian?" Gao Ran cuba mencungkil selepas dia kembali sedar daripada kejutan.

Qin Chu mengangguk.

"Perempuan itu memang hidup dan mati kamu. Saya tak faham apa yang hebat sangat dengan dia. Ketika kita masih bersekolah, dia suka mengarah-arah dan berlagak. Dia lukakan kamu dengan teruk juga ketika itu. Kalau saya di tempat kamu, saya sudah cari perempuan yang lebih baik daripada dia demi membalas dendam."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS