Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 68 - Terkepung

Chapter 68 - Terkepung

Huo Mian mengangkat kepalanya perlahan-lahan dan ternampak Qin Chu yang sedang duduk di atas sofa. Dia memakai kemeja formal berwarna tofi, seluar kasual dan seutas jam tangan berlian mewah edisi terhad Patek Philippe tersarung pada pergelangan tangannya. Jari-jemarinya menari di atas papan kekunci komputer ribanya. Nampaknya, Qin Chu sedang sibuk bekerja.

"Mmm." Huo Mian membalas dengan mamai.

"Saya sudah masak. Jom makan bersama."

Dia tidak menunggu balasan Huo Mian lalu terus meletakkan komputer ribanya dan berjalan ke dapur.

Kemudian, dia membawa keluar dua hidangan roti bakar, bakon dan kopi panas.

Huo Mian mahu mengatakan yang dia tidak lapar. Tetapi, sebaik sahaja dia membuka mulutnya, perutnya mengkhianatinya dan berkeroncong.

Qin Chu meletakkan roti bakar dan kopi di hadapan Huo Mian di atas meja kopi itu.

Huo Mian tidak mahu kelihatan sombong. Jadi, dia perlahan-lahan menjamah hidangan itu.

Mungkin kerana dia lapar atau mungkin kerana sebab lain, makanan tersebut sangat lazat.

Madu dan mentega disapu pada roti bakar itu, membuatkan ia sangat manis. Kebetulan pula, Huo Mian memang gemarkan makanan manis.

Sambil memerhatikan Huo Mian yang menikmati makanannya dalam diam, pandangan Qin Chu berubah lembut dengan segera.

Kemudian, telefon Qin Chu berdering.

Dia meletakkan cawan dan perlahan-lahan menjawab panggilannya.

"Helo?"

"Anak, kenapa kamu tiba-tiba berpindah keluar?" Puan Qin nampaknya mengambil serius perkara tersebut.

"Saya sibuk di tempat kerja dan sering bekerja lebih masa. Ia tidak mudah untuk saya sentiasa memandu berulang-alik."

"Kamu tidak perlu lah sampai berpindah keluar. Di mana rumah baru kamu? Ada pembantu, pemandu dan tukang cuci kah di sana?"

"Mak, saya boleh jaga diri saya sendiri."

"Anak. Kalau kamu tidak biasa hidup seorang diri, baliklah ke rumah. Mak bimbang mengenai kamu."

"Mak, saya sudah dewasa."

"Mak tahu. Tapi, kamu tetap bayi lelaki Mak sampai bila-bila. Chu, apa pendapat kamu mengenai dua orang gadis yang Mak bawa pulang ke rumah malam ini?" Puan Qin akhirnya menyebut perkara yang mahu dibualkannya.

"Saya tidak sukakan mereka."

"Kamu tidak gemarkan rupa mereka? Atau ketinggian mereka? Beritahu Mak apa yang kamu mahu pada seorang perempuan. Mak akan carikan untuk kamu." Puan Qin cuba meyakinkan anaknya.

Sambil memegang telefonnya, Qin Chu memandang Huo Mian yang sedang meneguk kopinya.

Kemudian, sepatah demi sepatah, Qin Chu berkata dengan jelas, "Mak, standard saya untuk perempuan ialah…berumur 24 tahun, tinggi 165 sentimeter, berat 50 kilogram, berambut hitam panjang, mata besar, tidak memakai solekan, suka memakai baju-T putih dan seluar jeans, dan ada lesung pipit apabila dia tersenyum."

Apabila Huo Mian mendengarkan kata-kata itu, dia menundukkan kepalanya kerana malu.

Dia tidak suka menjadi seorang yang perasan, tetapi dia merasakan seolah-olah Qin Chu sedang bercakap mengenainya.

"Tunggu sekejap. Biar Mak catat apa yang kamu cakap. Anak, Mak akan cuba yang terbaik untuk cari perempuan seperti itu untuk kamu." Di hujung talian, Puan Qin memandang serius pada kata-kata Qin Chu.

"Baik, itu sahaja. Selamat malam." Selepas bercakap, Qin Chu memutuskan panggilan tanpa menunggu balasan.

Selepas menghabiskan makanannya dalam diam, Huo Mian membawa pinggan mangkuk ke dapur.

Sebaik sahaja dia berpusing, dia bertembung dengan Qin Chu.

Dia tidak tahu apa yang dibuat oleh Qin Chu di dapur pada masa begini.

Mereka begitu rapat sehinggakan Huo Mian mula berasa gementar.

Tangan Qin Chu disandarkan pada dinding, mengelilingi Huo Mian dengan lengannya. Dia tunduk memandang gadis dalam rangkulannya dengan penuh perasaan.

Huo Mian berjaya dikepungnya tanpa sebarang amaran.

"Maafkan saya. Saya masih perlu membasuh pinggan mangkuk." Huo Mian berkata semasa dia berpura-pura tenang.

Qin Chu merenung wajahnya selama tiga saat.

"Kamu tidak perlu buat perkara ini semua."

Selepas bercakap, Qin Chu bergerak dan memberi laluan kepada Huo Mian. Dia melangkah ke sinki dan mula membasuh semua pinggan mangkuk yang digunakan.

Huo Mian tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Apabila Qin Chu selesai membasuh pinggan mangkuk dan keluar dari dapur, Huo Mian sedang duduk di atas sofa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Sudah lewat. Kita patut…tidur." Dengan tangannya di dalam kocek, Qin Chu bersandar pada muka pintu dan memandang Huo Mian.

"Saya tidak penat. Kamu patut tidur dahulu." Huo Mian membalas dengan kekok.

"Adakah kamu takut untuk tidur dengan saya?" Hujung bibir Qin Chu membentuk satu sengihan nakal.

Related Books

Popular novel hashtag