"Presiden Huo, kamu bergurau dengan saya?" Huo Mian tidak tahu reaksi apa yang perlu diberikan apabila patung koala, dengan ketinggian tidak lebih daripada setengah meter, berada di tangannya.
Seorang presiden Syarikat Huo yang dihormati hanya beri hadiah patung yang bernilai tidak lebih daripada 50 yuan? Mengarut.
"Kamu tak suka koala? Mulanya, saya rasa nak beri koala sebenar kepada kamu."
"Tolonglah, koala haiwan kebangsaan Australia," ujar Huo Mian.
"Saya tahu, tak susah pun nak minta kawan saya bawa koala ke sini, tapi… yang susahnya ialah cari pokok tempat koala bergantung sebab ia suka makan daun pokok. Walaupun senang untuk bawa koala merentasi sempadan, cari pokok itu tugas yang berat. Jadi… saya beri koala palsu untuk kamu main."
Huo Siqian bercakap dengan bersahaja, tetapi Huo Mian hampir menjadi gila apabila mendengar kata-kata Huo Siqian…
Macam mana dia boleh terfikir untuk mendapatkan koala? Adakah dia telah hilang akal?