Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 485 - Gaya Hidup yang Terlalu Menonjol (5)

Chapter 485 - Gaya Hidup yang Terlalu Menonjol (5)

"Siapa yang minta hadiah untuk diri sendiri. Kamu tak malu?" Qin Chu ketawa.

"Saya tak peduli. Cepat beri hadiah saya." Ini kali pertama Huo Mian berperangai seperti kanak-kanak perempuan yang dimanjakan. Keadaan sama seperti tujuh tahun lepas ketika dia dimanjakan Qin Chu walaupun dia berkelakuan tidak munasabah.

"Baiklah. Saya akan bagi selepas makan malam."

"Jadi, saya akan makan dengan laju." Selepas berkata-kata, Huo Mian tidak sabar untuk mula makan.

Selepas selesai menikmati hidangan makanan laut, Qin Chu membawanya ke satu tempat.

Huo Mian tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat itu sebelum ini…

"Kita nak ke mana?" tanya Huo Mian apabila melihat jalan yang tidak biasa dilalui.

"Saya nak ambil hadiah hari lahir kamu," kata Qin Chu dengan misteri.

"Jangan bergurau. Kamu sorokkan hadiah di dalam lubang tersorok di bukit?" tanya Huo Mian dengan nada bergurau sambil melihat kereta yang menuju ke Bukit Selatan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag