Apabila mendengar soalan Huo Siqian, perkara pertama yang terlintas di fikiran Huo Mian ialah 'kamu bergurau dengan saya? Macam mana kamu boleh bandingkan diri kamu dengan Qin Chu?'
Namun, Huo Mian merupakan gadis baik yang tidak pernah menyumpah seranah terutamanya di tempat serius seperti Bahagian Selatan. Akhirnya, dia memandang Huo Siqian dan menjawab soalannya dengan soalan, "Saya nak tahu siapa yang beri kamu kekuatan untuk tanya saya soalan begini?"
"Hanya kerana semua orang ingat jawapannya begitu, tak bermaksud itu jawapan yang betul. Saya sanggup mencuba kerana sentiasa ada peluang untuk jawapan yang lain."
"Tak, tak ada jawapan yang lain. Kamu tak boleh dibandingkan dengan Qin Chu. Tak ada orang di dunia ini yang boleh dibandingkan dengan Qin Chu," jawab Huo Mian berterus terang.
"Tsk tsk… Adik saya yang bodoh pasti telah dirasuk."
"Ini tak ada kena mengena dengan dirasuk atau tidak. Ini kebenarannya."