"Saya… saya juga tak pasti. Tolong beritahu saya Presiden Su." Mian Mian memperlahankan suaranya dan menggigit bibir.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, kamu boleh pergi. Kalau kamu nak berjaya dalam industri ini, kamu tak perlu risau tentang perkara yang tak penting. Kamu cuma perlu lakonkan bahagian kamu dengan bagus dan hafal skrip kamu kerana apa yang penting ialah kamu berusaha sebaik mungkin. Ingat, tiada jalan pintas untuk berjaya."
"Presiden Su, sebenarnya saya…" Mian Mian tidak mahu berputus asa dan mendekati Su Yu. Dia cuba bergerak untuk duduk dengan lebih rapat pada Su Yu…
Su Yu bingkas bangun dan menjerit sambil menuding jari, "Beri saya mikrofon! Saya tahu lagu ini!"