"Jadi, teman lelakinya adalah Qin Chu."
"Saya rasa kamu dah silap. Hubungan mereka bukan hanya sekadar teman lelaki dan teman wanita. Mungkin kamu boleh minta orang-orang kamu untuk cari maklumat tentang perkara ini. Memandangkan kita telah mendengar keputusan perbicaraan dan adik saya tak apa-apa, saya dah boleh bertenang semula. Jom kita pergi minum?"
"Tak nak." Su Yu menolak perlawaan itu.
"Rugi betul. Jadi, saya perlu minum seorang diri sahaja." Kemudian, Huo Siqian meregangkan badan, menuruni tangga lalu masuk ke dalam Maseratinya dan berlalu pergi.
"Ada apa? Kamu nampak pelik." Wei Liao berada di tandas sebentar tadi dan apabila dia keluar, Huo Mian dan yang lain telah pergi. Dia langsung tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
"Tak ada apa-apa. Jom pergi." Selepas Su Yu ternampak Qin Chu mencium tangan Huo Mian, seluruh tubuhnya berasa tidak selesa. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa dan tidak mahu melakukan apa-apa.