Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 300 - Wanita Ini Sering Bertukar Fikiran (7)

Chapter 300 - Wanita Ini Sering Bertukar Fikiran (7)

Kad itu tertulis. "Maaf kerana melanggar kereta kamu. Ia telah dibaiki. Saya janji bila saya langgar lagi selepas ini, saya akan lebih berlembut."

Selepas ini? Akan ada 'selepas ini'? Dan selepas ini dia akan lebih berlembut? Apa yang dia cuba maksudkan? Adakah dia akan mengawal tahap kemalangan pula?

Huo Mian berasa geram dan mengambil jambangan bunga lili itu lalu mencampakkannya ke atas jalan. Kemudian dia memijak jambangan itu dengan kakinya.

"Hei, Ketua Jururawat, apa yang berlaku?" Nannan baru sahaja tiba. Semasa dia lalu, dia ternampak Huo Mian memijak bunga lalu dia terus bertanya kepada Huo Mian.

"Tak ada apa-apa. Ada orang beri saya bunga. Saya tak mahukan bunga itu kerana nampak macam akan bawa nasib malang."

"Ruginya, jambangan itu agak besar." Nannan ketawa.

Walaupun surat minta maaf Su Yu kelihatan pelik tetapi dia telah membaiki kereta Huo Mian dan kereta itu nampak lebih bagus dari sebelumnya.

- Ibu pejabat GK -

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag