"Apa maksud kamu? Zhixin tak tahu kita dah kahwin. Dia ingat saya menyewa seorang diri dan risaukan saya."
"Jadi, saya rasa kamu patut beritahu dia bila ada peluang atau nanti dia tiba-tiba akan dapat idea lain."
Huo Mian tergelak kerana dia faham maksud Qin Chu.
"Tapi saya tetap rasa yang kereta…"
"Kamu adik beradik boleh selesaikan masalah kereta itu sendiri. Kalau kamu rasa kereta itu terlalu mewah, kamu boleh tukar kereta dengan Zhixin."
Huo Mian berhenti bercakap. Mana mungkin dia mahu menukar kereta dan membawa kereta sport kuning itu kalau dia merasakan Volkswagen sudah terlalu mewah untuknya?
Jururawat di Bahagian Selatan pasti akan bercakap mengenainya sehingga kata-kata mereka melemaskannya. Ketika itu, mereka pasti menganggap Huo Mian mempunyai 'sugar daddy' kalau dia menukar kereta baru.