Chapter 218 - Taubat

Huo Mian tidak akan mengetahui perkara sebenar jika Yang Meirong tidak meluahkannya hari ini.

"Rong, saya mungkin buta dengan rasa cemburu ketika itu. Jing De ialah pemandu peribadi saya, macam mana dia boleh bersama kamu? Kamu milik saya. Saya tak mahu ada lelaki lain yang menyentuh kamu dan sifat cemburu dah butakan saya. Saya tahu saya tak patut layan Jing De begitu." Seorang lelaki seperti Huo Zhenghai yang selama ini sangat dingin, kini mampu mengakui kesilapannya malah menyesal dengan perbuatannya. Yang Meirong juga seakan-akan tidak percaya. Dia sangka mereka akan dihalau selepas apa yang dikatakannya.

"Apa gunanya menyesal dengan perbuatan kamu sekarang? De dah meninggal dunia tujuh tahun lepas dan tiada apa yang tinggal padanya sekarang," kata Yang Meirong sambil mengesat air mata.

"Mian, kamu tak mahu maafkan Ayah juga?" Huo Zhenghai memandang Huo Mian.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS