Huo Mian tahu yang Qin Chu pergi berunding dengan keluarga pesakit itu bagi pihaknya, tetapi dia tidak menjangkakan perkara ini bergerak begitu pantas.
Malah, sebelum Qin Chu sampai ke rumah, wanita hamil itu sudah menelefon merayu belas kasihan.
Selepas Huo Mian mendengar perkara ini, dia tidak berkata apa apa. Tetapi, wanita hamil itu menangis. "Semuanya salah kami. Kami terlalu tamak. Kami ingat kami boleh gunakan peluang ini untuk mendapatkan wang yang banyak dari hospital. Akhirnya, rasa tamak membutakan mata kami. Tapi, kami dah tahu yang kami salah. Tolong berikan kami peluang lain. Dua anak saya perlukan ayah mereka. Saya takut kalau saya kehilangan dia. Kalau dia masuk penjara, semuanya akan musnah."
Huo Mian sedikit tersentuh apabila wanita itu menyebut 'penjara'. Dia tidak tahu apa yang dilakukan Qin Chu.
Namun, ia pastinya sesuatu yang muktamad. Kalau tidak, mana mungkin wanita hamil itu menangis begini.