"Macam mana?" Huo Mian yang terkejut bertanya, tidak pasti apa yang Qin Chu mahukan. Sebelum dia sempat bertindak balas, Qin Chu mengangkat seluruh tubuhnya dari lantai, mengendongnya di bahu dan naik ke tingkat atas…
"Turunkan saya! Hei, dah lewat sangat, kita patut tidur!" Wajah Huo Mian menjadi merah menyala kerana malu tetapi Qin Chu membalas dengan angkuh, "Bersenam dulu, kemudian tidur."
"Tapi muka kita masih ada solekan…" Huo Mian lemas dalam cumbuan Qin Chu sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya.
Sudah pasti, kostum pasangan pontianak yang dipakai mereka sangat hebat; apabila Huo Mian menghantar gambar dia dan Qin Chu kepada Zhixin, Zhixin juga mengatakan mereka kelihatan sangat hebat.
Akan tetapi kenapa Encik Qin tidak membenarkan dia menanggalkan solekan dahulu sebelum naik ke katil? Adakah dia mempunyai fetisy terhadap pontianak?