Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 105 - Kehangatan

Chapter 105 - Kehangatan

"Boleh tahan." Qin Chu mengangguk.

"Baguslah. Kalau begitu, tambah lagi." Huo Mian tersenyum lega.

Mereka berdua makan sarapan menghadap satu sama lain. Qin Chu tidak berkata apa-apa tetapi kadang kala, dia akan mengangkat kepalanya untuk memandang Huo Mian.

Huo Mian pula makan dengan berselera. Dia sudah agak lama makan sarapan gaya barat dan jarang sekali dia menikmati sarapan gaya Cina yang dibuat di rumah. Jadi baginya, makanan ini berasa sangat enak.

Tidak kiralah bagaimana marah pun Qin Chu dengannya, Qin Chu masih merasakan semuanya diaturkan oleh syurga sebaik sahaja dia melihat Huo Mian duduk di sisinya dengan diam.

Dia menginginkan hari begini semenjak tujuh tahun yang lalu.

"Bagaimana dengan adik kamu? Saya dengar dia sudah keluar dari hospital." Qin Chu tiba-tiba bertanya.

"Ya, dia sembuh dengan baik. Saya suruh dia berehat di rumah buat seketika kerana dia bukannya ambil banyak subjek semester ini."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS