Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 1033 - Menunjuk-nunjuk Cinta Mereka (4)

Chapter 1033 - Menunjuk-nunjuk Cinta Mereka (4)

"Saya memang nak adakan majlis dan Mian setuju saja dengan apa-apa pun. Macam mana dengan Ibu dan Ayah, kamu berdua ada idea?" tanya Qin Chu penuh hormat.

"Apa kata buat majlis hujung tahun ni?" cadang Qin Yumin. Dia tidak mahu anaknya melambat-lambatkan majlis ini.

"Agak tergesa-gesa kalau buat majlis hujung tahun ni… saya nak buat majlis besar-besaran," balas Qin Chu.

Puan Qin memandang Qin Chu dan mengangguk. "Betul cakap anak kita, kita hanya ada sorang anak. Majlis perkahwinan dia sepatutnya diadakan besar-besaran, bukan tergesa-gesa."

"Apa pendapat kamu, Huo Mian?" tanya Qin Yumin.

"Saya setuju dengan apa-apa saja… haha, ia cuma formaliti, tak perlu buat pun."

Sejujurnya, Huo Mian tidak peduli tentang formaliti. Dalam fikirannya, mereka telah sah menjadi suami dan isteri kerana mereka telah mendaftarkan perkahwinan mereka.

Kehidupan mereka selepas berkahwin sangat bahagia, maka majlis tidak semestinya diadakan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS