Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 1012 - Saya Suami Kamu, Bukan Anak Kamu (3)

Chapter 1012 - Saya Suami Kamu, Bukan Anak Kamu (3)

"Kamu…" Huo Mian tidak pernah memandang mata Huo Siqian dengan begitu dekat dan dia tergamam, tiba-tiba.

Huo Mian sering mengejek Huo Siqian tetapi lelaki itu tidak pernah meradang dan sentiasa mengekalkan sifat yang suka mengusik.

Oleh itu, Huo Mian tidak biasa bercakap dengan nada serius dengan Huo Siqian…

"Terima kasih, kamu tak perlu buat majlis untuk saya. Saya tak suka menunjuk-nunjuk," kata Huo Mian bersahaja.

"Dari cara kamu bercakap saya tahu kamu dah pulih. Terus bernyawa pasti dah bawa nasib baik."

"Kamu bercakap tentang Qin Chu?" Huo Mian merasakan ayat tersebut lebih sesuai dengan suaminya kerana dia baru sahaja selamat daripada malapetaka…

"Tak, saya bercakap pasal kamu." Huo Siqian tergelak.

"Kamu nak keluar? Pakai pijama?" Huo Siqian terkedu melihat pakaian Huo Mian. Adakah dia akan keluar memakai baju itu?

"Saya, um… nak beli buah," jawab Huo Mian dengan jujur.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS