Dahulu, Bro Flattop pernah memasang perangkap dan merancang untuk menipu Sampah tetapi akhirnya telah menipu dirinya sendiri. Kelebihan berjumlah ramai nampaknya tidak berguna untuk melawan Sampah…
Ye Wan Wan tiada pilihan lain selain terpaksa memandu seorang diri ke alamat yang dihantar oleh Sampah.
Apa yang lebih menyusahkan ialah Negara Bebas tiada sebarang navigasi peta. Jadi siapa tahu berapa banyak selekoh salah yang dia telah masuk?
Ye Wan Wan akhirnya berjaya tiba ke destinasi apabila hari menjengah ke petang.
Selepas keluar daripada keretanya, Ye Wan Wan meneliti kawasan persekitarannya. Perasaan keliru muncul di wajahnya. 'Tempat ni macam biasa aku pergi, macam…'
Wajah Ye Wan Wan tiba-tiba berubah. 'Bukan tempat ni dekat dengan rumah agam berhantu aku ke?!'
"Cik Ye." Suara Sampah kedengaran di belakangnya.
Ye Wan Wan terus menoleh ke belakang.