Ye Wan Wan pada mulanya merancang untuk membina sebuah taman terbuka. Idea Bintang Biduk lebih baik nampaknya, dia mahu mengubah suai tingkat tujuh…
"Tapi… Kak Feng, tingkat tujuh tu kawasan tok ketua, awak patut fikir elok-elok dulu… mestilah tak ada masalah kalau awak nak juga ubah suai…" Bintang Biduk ketawa nakal.
Ye Wan Wan berasa tidak berdaya. 'Aku cakap apa? Siapa yang sejak dari tadi nak ubah suai tingkat tujuh?'
Ye Wan Wan menjawab dengan tenang, "Tak apa. Seluruh Perikatan Berani ni milik saya. Awak nak cakap yang saya perlukan kebenaran semua tok ketua tu untuk ubah sesuatu dalam kawasan saya sendiri? Saya serahkan tugas ni dekat awak. Tolong saya ubah suai tingkat tujuh. Awak boleh terus ke jabatan kewangan untuk minta duit."
Wajah Bintang Biduk berubah setelah mendengar arahan itu. Memberikan tugasan ini kepadanya… bukankah ini sama seperti memberitahu dia untuk menyinggung perasaan semua tok ketua itu…